BANTUAN HASIL STR (FASA 1 2026) – SEMAKAN, JUMLAH & TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Penerima yang bakal mendapat bantuan STR 2026 untuk fasa yang pertama boleh membuat kemaskini maklumat di laman web rasmi bagi memastikan penyaluran berlaku dengan lancar.
Selain itu, penerima juga perlu memastikan agar akaun bank yang didaftarkan dalam sistem untuk penyaluran bantuan STR adalah aktif dan boleh digunakan.
Apakah bantuan hasil STR? Teruskan melayari artikel ini dan ketahui langkah-langkah penting untuk dilakukan bagi mendapatkan bantuan yang akan disalurkan kelak.
BACA JUGA: BILA MASUK MYKASIH 2026
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN HASIL STR
Kelayakan berikut adalah kriteria yang diperlukan untuk menjadi penerima bantuan:
- Isi Rumah
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN
Setelah meneliti syarat seperti di atas, anda boleh melayari laman web berikut untuk ketahui status kelayakan anda:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
DAFTAR AKAUN BARU MYSTR 2026
Berikut disediakan panduan untuk membuat pendaftaran akaun baharu MySTR yang mesti dilakukan oleh semua penerima STR 2026:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi 2026 untuk fasa yang pertama akan disalurkan pada 20 Januari 2026 iaitu pada hari Selasa. Penerima boleh membuat semakan status masing-masing sebelum tarikh tersebut terlebih dahulu.
Pastikan juga akaun bank yang didaftarkan adalah aktif dan boleh digunakan bagi penerima yang mempunyai akaun bank. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank, boleh mendapatkan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional yang berdekatan dengan kawasan masing-masing.
KADAR BANTUAN HASIL STR 2026
Berikut merupakan jumlah bantuan yang disalurkan kepada penerima berdasarkan seetiap kategori yang diluluskan:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR (2026) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
RUJUKAN
Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.