BANTUAN HASIL GOV MY LOGIN : SEMAKAN FASA 4 2024
Bantuan Hasil Sumbangan Tunai Rahmah oleh kerajaan telah berada di pembahagian untuk Fasa 4. Pemohon boleh mula menyemak status kelayakan bermula 7 November 2024 ini. Notis mengenai bayaran STR Fasa 4 ini telah dimaklumkan dalam siaran media baru-baru ini. Pengagihan bayaran akan dilaksanakan secara berperingkat.
Pemohon dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih bagi mengelakkan perkongsian data peribadi. Pemohon hendaklah menggunakan portal rasmi yang telah dibuat khas oleh pihak LHDN.
Bagaimanakah bantuan hasil gov my login? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : SYARAT KELAYAKAN BUDI MADANI (SEMAKAN 2024)
TARIKH SEMAKAN BANTUAN HASIL
Portal untuk login semakan kelayakan STR Fasa 4 akan dibuka pada 7 November 2024. Pemohon boleh menyemak status STR dan maklumat bayaran di portal tersebut.
BANTUAN HASIL GOV MY LOGIN
Berikut dikongsikan panduan untuk log masuk Portal Rasmi Bantuan BTR Hasil:
- Layari portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
Pemohon perlu membaca status permohonan STR dengan teliti setelah menekan [Semakan Permohonan]. Terdapat dua (2) status Lulus yang akan tertera iaitu berkaitan Kelulusan Asas STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).
RUJUKAN
Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 2024, boleh rujuk pihak berkuasa di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]