BANTUAN BUDI MADANI : SEMAKAN STATUS 2024
PM Datoβ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI Madani. Program bantuan ini dilaksanakan bagi membantu penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Bagi yang berkelayakan, boleh mula memohon BUDI Madani dengan mengikuti syarat kelayakan tertentu. Penerima yang layak akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Apa itu Bantuan Budi Madani? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : MOHON BIASISWA PENDIDIKAN MAXIS : APPLY NOW
TARIKH BANTUAN BUDI MADANI
Bagi permohonan baharu dan rayuan yang telah diluluskan pada bulan Julai, anda akan menerima bantuan tunai mulai 7 Ogos 2024.
Manakala bagi penerima sedia ada, permohonan baharu dan rayuan yang telah diluluskan pada bulan Ogos hingga Disember, anda akan menerima bantuan tunai mulai 9 September 2024.
Berikut merupakan tarikh-tarikh pembayaran bagi pemohon yang telah diluluskan permohonannya:
- Lulus 1-31 Ogos 2024 : mulai 9 September 2024
- Lulus 1-30 September : mulai 7 Oktober 2024
- Lulus 1-31 Oktober : mulai 8 November 2024
- Lulus 1-30 November : 6 Disember 2024
- Lulus 1-30 Disember 2024: 7 Januari 2025
Bayaran akan dibuat melalui dua (2) kaedah iaitu:
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau;
- Penunaian di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank – bawa MyKad anda.
SEMAKAN STATUS
Setelah membuat permohonan, pemohon perlu menyemak status permohonan sama ada anda layak atau tidak menerima Bantuan BUDI Madani. Langkah-langkah semakan ditunjukkan seperti berikut:
- Layari pautan https://budimadani.gov.my/.
- Klik butang [Log Masuk] di sebelah kanan.
- Masukkan MyKad dengan betul dan klik butang [Semak].
- Pastikan kata kunci keselamatan yang dipaparkan adalah milik anda.
- Jika betul, sila tekan YA.
- Kemudian, masukkan kata laluan dan klik [Log Masuk].
- Paparan akan menunjukkan beberapa pilihan.
- Tekan [Semakan Status].
- Seterusnya, semak status mengikut kategori yang dimohon dan maklumat pembayaran.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat BUDI Madani dirujuk dalam Portal Rasmi. Sebarang kekeliruan boleh dapatkan maklumat lanjut di:
- Laman web : https://budimadani.gov.my.
- Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
- Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
- Alamat E-mel : [email protected]
Terima kasih π
Pembayaran
Pembayaran
Semak status permohonan
Terima kasih
Mcm mn ye nk dftr balik ..ari tu mhon budi madani,tp lesen mpob mati….
macammana nak buat ya.permohonan dah lulus tapi saya terletak nombor akaun syarikat pula.duit tak boleh masuk sebab nama invalid.boleh ke log masuk dan tukar nombor akaun individu.sayang dah 3 bln duit tu tak dapat masuk.
say berterima kasih kepada kerajaan madani yg banyak mengada kan bantuan bantuan kepada rakyat semoga terus berpanjangaan usha kerajaan madani