BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAK 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAK 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Kerajaan Madani telah membuktikan bahawa mereka dapat menjunjung prinsip kesaksamaan dalam ekonomi MADANI dengan peruntukan bantuan yang telah disalurkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Bagaimanakah bantuan asas rahmah semak? Ikuti maklumat selanjutnya dibawah.

BACA JUGA: SEMAKAN PLKN ONLINE

BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAK STATUS PENERIMA

Status penerima serta baki bantuan boleh disemak dengan melayari dua pautan di bawah:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

CARA MEMBELI BARANGAN MYKASIH DI PASARAYA

Cara berikut merupakan kaedah yang dilaksanakan untuk membuat pembelian menggunakan bantuan SARA 2025:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

SEMAK SENARAI BARANGAN BANTUAN ASAS RAHMAH MYKASIH

Senarai berikut merupakan barangan yang boleh dibeli menggunakan MyKad di pasaraya atau kedai runcit terpilih:

  1. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  2. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  3. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  4. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  5. Mee segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  7. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  8. Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
  9. Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  10. Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  11. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  12. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  13. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment