BANTUAN 300 SEBULAN SABAH : 2025 ONLINE SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Kerajaan Sabah telah memperuntukkan dana sebanyak RM358.5 juta untuk membantu rakyatnya iaitu isi rumah yang dalam kategori miskin dan miskin tegar. Hal ini bertujuan untuk meringakan beban kewangan dan juga kos sara hidup yang kian meninggi pada masa kini.
Bantuan ini disalurkan melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang diadakan bagi menyalurkan bantuan tunai secara bulanan kepada penerima yang berkelayakan dan yang memerlukan.
Bagaimanakah bantuan 300 sebulan Sabah? Ikuti penerangan lanjut dibawah untuk ketahui info-info terkini.
BACA JUGA: BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
APA ITU BANTUAN SABAH
Sabah merupakan satu daripada empat buah negeri yang mempunyai peratusan kemiskinan tegar yang tinggi melebihi paras nasional. Beberapa kawasan tertentu di Sabah terutamanya kawasan pedalaman adalah terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar.
Justeru, pelbagai alternatif dan bantuan telah diwujudkan oleh Kerajaan Sabah bagi merapatkan jurang kemiskinan yang dialami oleh rakyat Sabah. Terkini adalah Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang dilancarkan oleh Kabinet Menteri serta Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.
Bagi memastikan mereka yang dalam kriteria penerima tidak tercicir untuk menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025 ini, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan beroperasi untuk mengesan penerima yang layak di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 300 SEBULAN SABAH
Beberapa syarat ada dikenakan kepada penerima bantuan agar penerima yang betul-betul layak sahaja akan mendapat manfaat bantuan.
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
JUMLAH BANTUAN
Kadar pemberian bantuan untuk penerima adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR) DAN Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar | RM300 (Sebulan) |
TARIKH BAYARAN BANTUAN 300 SEBULAN SABAH
Penerima bantuan Sabah ini akan menerima manfaat bantuan ini adalah pada:
BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Bantuan Sabah RM300) | Bantuan Sabah dijangka akan disalurkan bermula pada Februari 2025. Tarikh rasmi bayaran akan diumumkan kelak, dan pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sejurus ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah. |
SEMAKAN BANTUAN SABAH DAN KAEDAH PENYALURAN
Setakat ini, maklumat mengenai semakan status dan kaedah penyaluran bantuan masih belum diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Sebarang maklumat terkini akan kami kemaskini dari masa ke semasa.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/
Bila tarikh masuk bantuan
Bermula 17/2/2025
Bila tarikh masuk bantuan ? Macam tiada bunyi bunyi lg tu 🙂↔️
Saya sudah cek.. suami layak.. masslahnya sekarang bantuan tu masuk guna akaun siapa..? Sebab str guna akaun saya(Bini)