BANTUAN 100 SARA MYKAD : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
MyKad digunakan sebagai medium untuk verifikasi sebagai penerima bantuan SARA sahaja dan tidak boleh digunakan untuk membuat pengeluaran wang bantuan.
Hal ini penting untuk penerima ambil maklum agar tidak tertipu dengan mana-mana pihak yang menawarkan khidmat pengeluaran wang bantuan daripada MyKad penerima.
Bagaimanakah bantuan 100 SARA MyKad? Ikuti info berikutnya di dalam artikel ini di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN MYSALAM
TARIKH PENYALURAN BANTUAN 100 SARA MYKAD
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dikreditkan secara one off ke dalam MyKad penerima berjumlah RM100 ini merupakan bantuan tambahan daripada bantuan yang sedia ada.
Bantuan ini akan disalurkan bermula pada 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan sehingga ketiadaan baki sehingga 31 Disember 2025.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 100 SARA MYKAD
Status kelayakan penerima boleh disemak menerusi dalam talian sahaja seperti langkah-langkah berikut:
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
Catatan: Untuk semakan status penerima SARA one off ini adalah bermula pada 21 Ogos 2025.
PANDUAN SEMAK BAKI DALAM IC
Baki yang ada dalam kad pengenalan boleh disemak dengan tiga kaedah berikut:
- Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN ASAS MYKASIH
Barangan asas keperluan yang boleh dibeli menggunakan bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima adalah:
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Mee segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]