BANTUAN 100 SARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa semua rakyat berkelayakan untuk menerima bantuan yang bakal disalurkan pada 31 Ogos 2025 bersempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-68.
Bantuan ini merupakan cashless yang akan dikreditkan ke kad pengenalan penerima masing-masing untuk membuat sebarang pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit dan pasaraya.
Bagaimanakah bantuan 100? Sila ikuti perkembangan lanjut dibawah untuk ketahui dengan lebih mendalam.
BACA JUGA: SEMAKAN MYSALAM
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN 100 SARA
Pengkreditan Bantuan SARA sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam kad pengenalan (IC) semua rakyat dewasa Malaysia yang menepati sayarat secara one-off (sekaligus) bermula pada 31 Ogos 2025.
Penggunaan bantuan ini adalah bertujuan untuk membeli barangan keperluan asas yang diperlukan sehingga 31 Disember 2025 di 4100 buah kedai di Malaysia.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 100 SARA
Bantuan SARA one off ini boleh disemak mengenai status kelayakan penerima dengan menuruti panduan berikut:
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
Catatan: Untuk semakan status penerima SARA one off ini adalah bermula pada 21 Ogos 2025.
CARA SEMAK BAKI BANTUAN DALAM IC
Bantuan yang disalurkan boleh disemak baki yang ada selepas melakukan pembelian dengan tiga cara yang disebutkan dibawah:
- Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN ASAS SARA MYKASIH
Jenama dan barangan yang disenaraikan berikut merupakan barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA yang disalurkan ke dalam kad pengenalan penerima:
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Mee segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]