MYKASIH 2025 SEMAKAN STATUS : CHECK BANTUAN SARA
Program MYKASIH 2025 merupakan program bantuan kebajikan yang diberikan kerajaan melalui Sumbangan Asas Rahmah setiap tahun kepada rakyat dengan harapan dapat meringankan serba sedikit beban belanja dan kos sara hidup rakyat pada abad ini. Walaubagaimanapun, jumlah bayaran bantuan adalah berbeza berdasarkan status dan kelayakan penerima bantuan.
Bagaimanakah MyKasih 2025 semakan status? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA: BANTUAN TUNAI RAHMAH : SEMAKAN STATUS FASA 1 2025
SEMAK SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025
Senarai di bawah merupakan beberapa syarat kelayakan bagi penerima yang layak menerima bantuan Program MyKasih 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Jumlah pembayaran bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih 2025 bagi setiap kategori adalah seperti yang telah disenaraikan di bawah:
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 1,200 Warga Emas : RM 1,200 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
SEMAKAN TARIKH BAYARAN MYKASIH 2025
Seterusnya, pembayaran bantuan SARA MyKasih 2025 adalah secara ansuran dan berperingkat berlainan mengikut negeri iaitu seperti jadual di bawah:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN MYKASIH 2025 |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanpun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
MYKASIH 2025 SEMAKAN STATUS
Untuk membuat semakan status sebagai penerima MyKasih 2025, individu yang telah memohon boleh membuat semakan di dua (2) pautan rasmi seperti berikut :
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]