STR 2026 FASA 2 : SEMAKAN, TARIKH BAYARAN & JUMLAH

STR 2026 FASA 2 : SEMAKAN, TARIKH BAYARAN & JUMLAH

Rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan STR tetapi tidak tersenarai boleh cuba untuk membuat permohonan baharu untuk kelayakan fasa 2. Permohonan telah dibuka sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025 bagi kelayakan fasa 1. Manakala fasa 2 adalah sehingga 13 Februari 2026.

Bilakah STR 2026 fasa 2? Sila teruskan membaca artikel ini sehingga ke bawah untuk ketahui maklumat terkini.

BACA JUGA: MYKASIH 2026 ONE OFF

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Beberapa kelayakan yang diperlukan untuk meneima bantuan tunai ini secara berfasa adalah:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN STR 2026 FASA 2

Setakat ini, bayaran yang akan disalurkan untuk fasa 2 masih belum diketahui. Rujuk rajah berikut untuk ketahui jumlah bayaran yang akan diterima secara keseluruhan mengikut kategori:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
SETAHUN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM700
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,700
Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangBayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA

TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 2

Pihak kerajaan Malaysia masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh bayaran untuk fasa 2 bantuan STR. Apa-apa info dan maklumat terkini akan di beritahu kelak.

KAEDAH BAYARAN STR 2026

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026 ini adalah sama seperti yang sebelum ini iaitu:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

SEMAKAN STATUS STR 2026 FASA 2

Berikut merupakan panduan untuk penerima membuat semakan tentang status kelayakan masing-masing:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment