SYUKUR SABAH FASA 1 : SEMAKAN STATUS
Pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah ini merupakan program bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Harapan kerajaan terhadap pelancaran bantuan ini adalah supaya dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan negara.
Bilakah SYUKUR Sabah fasa 1? Ikuti info berikutnya di dalam artikel di bawah.
BACA JUGA: MYKASIH 2026 ONE OFF
SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH FASA 1
Individu yang ingin menjadi penerima bantuan Sabah ini perlu mempunyai kriteria seperti berikut sebelum melakukan permohonan:
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025.
- Warganegara Malaysia
- Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
- Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah sehingga 31 Disember 2025. (Untuk yang belum ada data atau belum mendaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
- KIR miskin dan miskin tegar dalam pangkalan datan eKasih & PADANS (semakan berkala)
- Beberapa penambahan kriteria seperti berikut:
- Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
Catatan: Kelayakan ditentukan berdasarkan data rasmi dalam sistem eKasih dan PADANS. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk memastikan maklumat pendapatan dan isi rumah sentiasa dikemas kini.
GARIS PENDAPATAN KEMISKINAN (GPK) SABAH
Penentuan kategori untuk bantuan Sabah ini memerlukan jumlah pendapatan yang diperoleh untuk seisi rumah tersebut untuk dilihat berdasarkan GPK tahun 2022 seperti berikut:
| Kategori Kemiskinan | Pendapatan Isi Rumah (Sebulan) | Pendapatan Per Kapita (Sebulan) |
|---|---|---|
| Miskin | RM 2,843 | RM 720 |
| Miskin Tegar | RM 1,257 | RM 310 |
Pendapatan isi rumah merujuk kepada jumlah keseluruhan pendapatan semua ahli keluarga dalam satu rumah, manakala per kapita ialah purata pendapatan bagi setiap ahli isi rumah.
Individu yang berada dalam julat ini dan berdaftar dalam eKasih serta PADANS yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan adalah berpotensi untuk layak menerima bantuan SYUKUR Sabah 2026.
CARA MEMOHON SYUKUR SABAH FASA 1
Permohonan boleh dilakukan dengan merujuk panduan berikut yang disediakan untuk anda:
- Log Masuk Sistem PADANS. Layari portal rasmi PADANS Sabah di https://padans.sabah.gov.my/ & log masuk.
- Sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda boleh klik “Permohonan Baru SKR” dan isi borang untuk daftar akaun pengguna.
- Pilih Borang Permohonan.
- Untuk membuat pendaftaran Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026, anda boleh klik pada line tiga bar di atas bahagian kanan dan pilih “Borang Permohonan”.
- Lengkapkan Maklumat Diperlukan.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap terutamanya yang bertanda (*). Empat bahagian yang perlu diisi lengkap adalah seperti berikut:
- Ketua Isi Rumah
- Ahli Isi Rumah
- Indikator
- Pengesahan
- Hantar Permohonan
- Semak semula maklumat dan klik hantar. Anda akan menerima notifikasi dan pengesahan maklumat peribadi yang telah selesai dihantar.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SABAH
Terdapat tiga cara yang boleh digunakan untuk membuat semakan kelayakan penerima bantuan:
- Semakan Online Melalui Portal SYUKUR Sabah
- Layari portal SYUKUR Sabah: https://syukur.sabah.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda.
- Klik butang “Semak”.
- Status kelayakan akan dipaparkan sama ada:
- Layak
- Tidak Layak
- Dalam Semakan
- Semakan Online Melalui PADANS Sabah
- Layari portal PADANS Sabah di pautan berikut: https://padans.sabah.gov.my
- Klik menu “Semakan Permohonan”.
- Masukkan Nombor MyKad tanpa sengkang (-).
- Klik “Semak” untuk paparan status kelayakan.
- Semakan Status Melalui Aplikasi YONO SuperApp
- Muat turun aplikasi YONO melalui Google Play atau App Store.
- Log masuk ke akaun anda.
- Pilih modul “Bantuan”.
- Semak status kelayakan bantuan SYUKUR Sabah 2026.
Sekiranya nama anda tiada dalam rekod, anda boleh cuba lakukan seperti berikut:
- Menyediakan dokumen sokongan seperti MyKad, bil utiliti atau surat pengesahan ketua kampung.
- Mengemaskini atau mendaftar maklumat terkini dalam sistem PADANS atau eKasih.
- Berkunjung ke Pejabat Daerah atau pusat bantuan berhampiran di Sabah untuk pendaftaran manual.
TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 1
Berikut merupakan tarikh bayaran yang ditetapkan oleh kerajaan kepada penerima:
| Fasa | Tempoh Bulan | Tarikh Agihan | Jumlah Bantuan |
|---|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari – Mac | AKAN DIKEMASKINI | RM600 (3 bulan) |
| Fasa 2 | April – Jun | AKAN DIKEMASKINI | RM600 (3 bulan) |
| Fasa 3 | Julai – September | AKAN DIKEMASKINI | RM600 (3 bulan) |
| Fasa 4 | Oktober – Disember | AKAN DIKEMASKINI | RM600 (3 bulan) |
CATATAN: Tarikh agihan tertakluk kepada pengumuman rasmi kerajaan negeri Sabah.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN
Bantuan ini akan disalurkan seperti kaedah yang dinyatakan berikut:
- Akaun Bank: Bantuan akan dikreditkan secara terus (direct credit) ke dalam akaun bank penerima yang telah berdaftar dalam sistem PADANS/eKasih.
- Tunai: Bagi penerima di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses perbankan yang stabil, bantuan boleh disalurkan secara tunai melalui mekanisme yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis bagi memudahkan pengguna untuk mencari rujukan mengenai info terkini bantuan negeri Sabah. Untuk sebarang soalan atau info terkini berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2026, sila rujuk pada :
- Laman web rasmi SYUKUR Sabah : syukur.sabah.gov.my
- Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/
- Facebook Sekretariat Sabah Maju Jaya https://www.facebook.com/SekretariatSMJ
- Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: 088 338 338 / 010 – 5828207 (Whatsap)