PENDAFTARAN TAHUN 1 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA REGISTER PERMOHONAN

PENDAFTARAN TAHUN 1 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA REGISTER PERMOHONAN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa kanak-kanak berusia enam tahun (5+) akan diberi peluang untuk memasuki Tahun 1 bermula pada 2027 secara sukarela dan tanpa perlu untuk menjalani ujian saringan.

Ibu bapa boleh mendaftar anak-anak Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 ini secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026 melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) di https://idme.moe.gov.my.

Bagaimanakah pendaftaran tahun 1 2026? Sila ikuti info-info selanjutnya di bawah.

BACA JUGA: BANTUAN ONE OFF RM100

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN TAHUN 1 2027

Antara syarat atau kriteria yang dibolehkan untuk mendaftar adalah seperti berikut:

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak yang lahir pada:
    • 2 Januari – 31 Disember 2021 (Kohort 6 tahun)
    • 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021 (Kohort 7 tahun)

TARIKH PENDAFTARAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada memaklumkan bahawa pendaftaran murid Tahun 1 untuk sesi 2027 boleh mula dilakukan bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026.

Pendaftaran murid tahun 1 ini boleh dilakukan secara atas talian melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS), yang boleh diakses menerusi pautan berikut: https://idme.moe.gov.my.

CARA-CARA PENDAFTARAN TAHUN 1 2026

Berikut merupakan cara pendaftaran yang betul untuk sesi kemasukan tahun 2027 kelak:

  1. Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

MUAT TURUN PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MOEIS IDME KPM: Manual Pengguna boleh dimuat turun di tinyurl.com/manualdaftartahunsatu

Sila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini : Manual Pengguna

RUJUKAN

Kami berkongsi maklumat yang tepat dan benar untuk anda kenalpasti dan ambil tahu mengenai bantuan kerajaan. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.

Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut: https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0

Untuk maklumat lanjut, info terkini dan sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), sila kemukakan ke:

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya

Leave a Comment