PERMOHONAN TAHUN 1 2027 : PANDUAN LENGKAP CARA

PERMOHONAN TAHUN 1 2027 : PANDUAN LENGKAP CARA

Tindakan untuk menggalakkan kemasukan awal kanak-kanak berusia enam tahun (5+) ke Tahun 1 merupakan suatu pergerakan fizikal yang progresif oleh Kerajaan MADANI dalam membantu perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak. Pada masa yang sama, usaha ini juga turut memastikan mereka tidak akan ketinggalan dalam sistem pendidikan yang sentiasa berevolusi mengikut peredaran masa.

Bagaimanakah permohonan tahun 1 2027? Teruskan ikuti penulisan artikel ini untuk ketahui info serta maklumat terkini.

BACA JUGA: BANTUAN ONE OFF RM100

SYARAT LAYAK PERMOHONAN TAHUN 1 2027

Pendaftaran kanak-kanak berumur 6 tahun untuk memasuki Tahun 1 di sekolah sesi 2027 adalah perlu mempunyai kelayakan seperti berikut:

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak yang lahir pada:
    • 2 Januari – 31 Disember 2021 (Kohort 6 tahun)
    • 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021 (Kohort 7 tahun)

TARIKH PENDAFTARAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa pendaftaran untuk murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2027 boleh mula dilakukan pada 15 Februari hingga 31 Mac 2026 ini.

Pendaftaran murid tahun 1 ini boleh dilakukan secara dalam talian iaitu dengan melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS), yang boleh diakses menerusi pautan berikut: https://idme.moe.gov.my.

CARA-CARA PERMOHONAN TAHUN 1 2027

Berikut merupakan panduan yang disediakan untuk ibu bapa yang ingin mendaftar anak-anak Tahun 1 pada sesi persekolahan tahun 2027 kelak:

  1. Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Manual Pengguna untuk Panduan Permohonan Pendaftaran Tahun 1 MOEIS IDME KPM boleh dimuat turun melalui link ini: tinyurl.com/manualdaftartahunsatu

Sila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini : Manual Pengguna

RUJUKAN

Kami berkongsi maklumat yang tepat dan benar untuk anda kenalpasti dan ambil tahu mengenai bantuan kerajaan. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.

Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut: https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0

Sebarang maklumat lanjut serta info terkini dan sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), sila kemukakan ke:

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya

Leave a Comment