BANTUAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAKAN & BAYARAN
Hari ini merupakan penyaluran Sumbangan Asas Rahmah secara one off kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan. Kebanyakan rakyat Malaysia akan menerima bantuan ini yang akan disalurkan ke MyKad masing-masing untuk dibelanjakan di pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar.
Bagaimanakah bantuan SARA one off 2026? Ikuti dengan teliti akan maklumat yang disenaraikan dibawah untuk ketahui lebih lanjut.
BACA JUGA: MYBRAIN 2026 REGISTRATION
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah secara one off ini akan disalurkan kepada rakyat yang mempunyai kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur bermula 18 tahun dan ke atas
JUMLAH DAN TARIKH BANTUAN SARA ONE OFF 2026
Penerima akan mula menerima bantuan ini bermula pada tarikh berikut dan boleh menggunakannya pada tarikh tersebut:
| JUMLAH BANTUAN (RM) | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| RM100 (ONE-OFF) | 9 Februari 2026 |
Bantuan SARA ONE-OFF ini ditetapkan akan disalurkan pada bulan Februari adalah sebagai persiapan untuk bulan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.
SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA ONE OFF 2026
Penerima boleh mengikuti panduan di bawah untuk melakukan semakan status kelayakan anda untuk menggunakan bantuan ini:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF)
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN MYKASIH 2026
Penerima boleh semak melalui pautan berikut untuk ketahui barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan berikut:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]