MYBRAIN 2026 REGISTRATION : CARA PERMOHONAN BIASISWA MyBrain 2.0

MYBRAIN 2026 REGISTRATION : CARA PERMOHONAN BIASISWA MyBrain 2.0

Matlamat kerajaan untuk mewujudkan kesejahteraan dalam pembangunan negara adalah dengan melahirkan lebih ramai golongan intelektual serta pakar. Oleh itu, suatu usaha telah diperkenalkan iaitu dengan melaksanakan semula program biasiswa MyBrain ini bermula tahun 2025..

Pengenalan semula program MyBrain 2.0 ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia supaya mendapatkan tahap pendidikan yang lebih baik.

Bagaimanakah MyBrain 2026 registration? Ikuti lagi info-info terkini dibawah ini.

BACA JUGA: SEMAKAN SARA ONE OFF 2026

PENGENALAN MYBRAIN 2026

Program MyBrain ini pernah diperkenalkan pada tahun 2011 yang dikenali sebagai MyBrain15. Ianya merupakan antara produk berimpak tinggi yang pernah diperkenalkan tapi sayangnya telah dihentikan pada tahun 2016.

MyBrain15 ini merupakan program penajaan oleh kerajaan Malaysia untuk pengajian pasca siswazah di peringkat Sarjana & PhD yang diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Objektifnya adalah untuk mencapai seramai 60,000 pemegang PhD dalam kalangan warganegara Malaysia.

Program MyMaster dan MyPhD turut diwujudkan di bawah MyBrain15 dengan menyasarkan pelajar Sarjana dan PhD di universiti awam (IPTA) dan institusi pendidikan swasta (IPTS). Program PhD Industri, MyMaster dan MyPhD juga dibuka kepada pensyarah atau staf dari sektor awam dan swasta yang ingin melanjutkan pelajaran.

Berikut merupakan senarai penerima program penajaan ini:

  • Sasaran 500 orang penerima setiap tahun.
  • Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap.
  • Pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Bidang pengajian yang dikehendaki:

  • Keutamaan dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM); dan
  • Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas terpilih.

SYARAT UMUM BAGI MYBRAIN 2026 REGISTRATION

Berikut merupakan syarat-syarat yang dikehendaki untuk menerima penajaan program ini:

  • Pemohon mestilah:
    • Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap; atau
    • Pensyarah IPTS terpilih seperti di Lampiran A.
  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 35 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran pada tahun permohonan;
  • Tidak menerima sebarang bentuk tajaan pendidikan / biasiswa daripada lain-lain penaja kecuali pinjaman pelajaran / elaun pembantu penyelidik siswazah / pembiayaan tambahan lain dengan syarat ia bukanlah BIASISWA;
  • Sekiranya pelajar mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian yang sedang diikuti, pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan penajaan ini;
  • Telah menerima surat tawaran penuh / tanpa syarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa di IPT terpilih seperti di Lampiran B bermula Semester 1, Sesi 2026/2027;
  • Bagi pelajar yang telah memulakan pengajian, baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran pada Semester 1, Sesi 2026/2027;
  • Bidang pengajian di bawah penajaan Program MyBrain 2.0 adalah seperti di Lampiran C;
  • Pemohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran perlu memastikan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kronik seperti di Lampiran D; dan
  • Pemohon dan ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh Kerajaan atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak Kerajaan.

SYARAT KHUSUS UNTUK PENERIMA PENAJAAN

  • IJAZAH SARJANA:
    • Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon;
    • Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan minimum akademik seperti berikut:
      • Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.00 / Kelas Dua Atas / setaraf pada pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda;
      • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK minimum 3.30 bagi keputusan semester terkini sekiranya pemohon sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana mod Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) dengan minimum baki tempoh pengajian yang ditetapkan;
    • Kategori penajaan dibuka bagi mod pengajian secara Penyelidikan dan Campuran (Kerja Kursus dan Tesis).
  • IJAZAH KEDOKTORAN (PHD)
    • Pemohon tidak memiliki Ijazah Kedoktoran atau setaraf semasa memohon;
    • Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan minimum akademik seperti berikut:
    • Memperoleh PNGK minimum 3.30 / setaraf bagi mod pengajian kerja kursus atau Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) pada pengajian Ijazah Sarjana; atau
    • Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana; atau
    • Telah menerima surat tawaran penuh / memulakan pengajian di IPT bagi laluan Fast Track PhD.
    • Kategori penajaan hanya dibuka bagi mod pengajian secara Penyelidikan sahaja.

TARIKH PERMOHONAN MYBRAIN 2.0 DIBUKA

Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tahap tertinggi yang diingini, anda boleh membuat permohonan bagi penajaan MyBrain 2.0 untuk tahun 2026 yang kini dibuka mulai 4 Februari 2026 sehingga 4 Mac 2026.

PANDUAN MYBRAIN 2026 REGISTRATION

Permohonan bagi Program MyBrain 2.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja dengan melalui Sistem Permohonan Program MyBrain 2.0 iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/index.php.

Kemudian, pemohon yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga dan perlu menjalani ujian psikometrik secara dalam talian.

Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran penajaan Program MyBrain 2.0.

RUJUKAN

Segala info dan maklumat yang disenaraikan di atas adalah dipetik dan dirujuk dalam laman rasmi Kementerian Pengajian Tinggi. Hal ini adalah untuk memudahkan carian pengguna tentang info terkini mengenai bantuan dan peluang dalam sektor pendidikan di Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang program ini, sila ikuti saluran berikut:

Leave a Comment