SARA ONE OFF 2026 SEMAKAN : TARIKH BAYARAN, JUMLAH BANTUAN & STATUS KELAYAKAN
Pembayaran untuk bantuan SARA one off ini mula diperkenalkan pada 31 Ogos 2025 sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia sempena menyambut Hari Kebangsaan. Seramai 22 juta warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, berkelayakan menerima kredit one-off tersebut.
Bantuan ini diberikan kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira pendapatan. Bantuan ini berbeza daripada bantuan yang disalurkan secara bulanan itu.
Bagaimanakah SARA one off 2026 semakan? Sila teruskan membaca untuk ketahui maklumat terkini.
BACA JUGA: STR FASA 2 2026
SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF
Kriteria kelayakan yang diperlukan untuk penerima bantuan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur bermula 18 tahun dan ke atas
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah secara one off ini adalah secara automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan.
JUMLAH DAN TARIKH SARA ONE OFF 2026 SEMAKAN
Berikut merupakan maklumat mengenai bantuan ini yang perlu diketahui oleh penerima:
| JUMLAH BANTUAN (RM) | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| RM100 (ONE-OFF) | 9 Februari 2026 |
Bantuan SARA one-off dilaksanakan pada bulan Februari sebagai persiapan untuk bulan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN
Bantuan akan disalurkan kepada semua penerima di seluruh Malaysia dengan kaedah yang berikut:
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
SARA ONE OFF 2026 SEMAKAN STATUS
Berikut merupakan panduan yang boleh digunakan untuk membuat semakan status kelayakan penerima:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF)
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN MYKASIH 2026
Barangan yang dibolehkan untuk dibeli menggunakan bantuan yang disalurkan bergantung kepada senarai yang ditetapkan. Anda boleh merujuk panduan berikut untuk ketahui:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]