BANTUAN SKAS 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK RM950, RM500 & RM300
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak atau lebih dikenali sebagai SKAS pada tahun 2026 ini telah dinaikkan kepada RM640 juta. Peningkatan ini melibatkan lebih daripada satu juta penerima dalam Belanjawan Sarawak 2026.
Kategori isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima RM950, manakala kategori bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM300. Kategori warga emas tanpa pasangan atau anak dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah pula mereka akan menerima RM500.
Bagaimanakah bantuan SKAS 2026? Teruskan membaca artikel ini sehingga ke akhirnya untuk ketahui info terkini.
BACA JUGA: JUMLAH STR FASA 1
SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2026
SKAS iaitu singkatannya adalah merupakan satu bantuan kewangan dalam bentuk baucar digital yang akan digunakan melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) untuk membeli barangan keperluan yang diingini.
Pada tahun ini, jumlah bantuan yang diperuntukkan sebanyak RM640 juta yang dijangka akan dapat memanfaatkan kira-kira lebih dari satu juta penerima.
Hal ini dibentangkan dalam Belanjawan Sarawak 2026 yang diadakan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SKAS 2026
Rakyat Sarawak yang mempunyai kelayakan seperti berikut adalah layak untuk menjadi penerima bantuan ini:
- Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Maklumat penerima adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini
- Penerima yang layak terbahagi kepada kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan dan tiada anak.
A) Kategori Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
- Tiada had umur.
B) Kategori Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
C) Kategori Warga Emas
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
JUMLAH BANTUAN YANG DISALURKAN
Nilai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang disalurkan adalah bergantung kepada kategori penerima yang telah diluluskan. Nilai bantuan SKAS yang akan diterima adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah pendapatan RM5,000 dan ke bawah | RM950 |
| Bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah | RM300 |
| Warga emas tanpa pasangan / anak dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah | RM500 |
TARIKH PENYALURAN BANTUAN SKAS 2026
Tarikh pembayaran SKAS 2026 masih belum diumumkan setakat ini. Sekiranya ada pengumuman yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak, kami akan kemaskini penulisan artikel dengan segera.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran akan dikreditkan melalui S Pay Global. Jika anda tidak mempunyai aplikasi ini, boleh memuat turun dan daftar akaun S Pay Global.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN SKAS 2026
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) secara automatik.
Semakan nama penerima SKAS boleh dilakukan melalui laman web https://sarawak.gov.my. Anda mesti mempunyai Sarawak ID dan memasukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
Rujuk panduan berikut untuk melakukan semakan:
- Untuk semakan kelayakan SKAS, sila layari laman web https://sarawak.gov.my
- Klik Check Eligibility (Sila pastikan anda mempunyai akaun SarawakID yang sah.)
- Log masuk menggunakan akaun SarawakID anda dan klik Next.
- Klik My Individual Account.
- Masukkan nombor MyKad anda dan klik Search.
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
CARA PERMOHONAN BANTUAN
Setakat ini, tiada permohonan dibuka untuk bantuan SKAS 2026. Bantuan ini adalah berdasarkan data akan berpandukan STR 2025 daripada LHDN kelak.
Sekiranya anda tercicir atau berubah status, anda boleh buat rayuan / permohonan baru berdasarkan tarikh yang akan diberitahu nanti. Kami akan mengemaskini sekiranya ada info terbaru.
RUJUKAN
Penulisan ini adalah untuk pengguna yang ingin mendapatkan informasi terkini mengenai bantuan kerajaan. Sekiranya ada pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talian Khidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau menghantar email ke [email protected]
Anda juga boleh merujuk dibawah: