SARA ONE OFF SEMAKAN : 2026 RM100
Sumbangan Asas Rahmah 2026 yang disalurkan secara bulanan telah pun berlangsung pada 9 Januari lalu. Kini, penyaluran secara sekaligus pula akan disalurkan pada 9 Februari 2026 ini ke dalam kad pengenalan penerima yang layak.
Kelayakan bagi penerima bantuan ini ada disenaraikan dalam artikel ini. Anda boleh merujuk info dan maklumat yang disediakan di bawah.
Bagaimanakah SARA one off semakan? Rujuk maklumat dibawah untuk ketahui dengan lebih mendalam.
BACA JUGA: BANTUAN DALAM MYKAD 2026
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF
Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu ada pada penerima bantuan sebelum layak disalurkan bantuan:
- Kewarganegaraan Warganegara Malaysia
- Berumur Bermula 18 tahun dan ke atas
Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan secara one off adalah secara automatik dan tidak memerlukan sebarang permohonan dilakukan.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Bantuan SARA one off ini disalurkan secara tanpa tunai mengikut kaedah yang berikut:
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
SARA ONE OFF SEMAKAN STATUS
Penerima yang berkelayakan boleh melakukan semakan dengan merujuk panduan berikut dengan teliti:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF)
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN PEMBELIAN SARA
Anda boleh merujuk panduan dibawah untuk ketahui senarai barangan yang dibolehkan untuk membeli baranagn keperluan yang anda inginkan:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]