MYSARA ONE OFF 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE-OFF RM100
Selain bantuan secara bulanan, terdapat juga bantuan SARA yang disalurkan secara one off atau sekaligus kepada penerima. Kaedah penyaluran masih sama iaitu disalurkan ke kad pengenalan penerima untuk digunakan membeli barangan keperluan di pasaraya atau kedai runcit.
Apakah MySARA one off 2026? Ikuti info selanjutnya dibawah ini.
BACA JUGA: BANTUAN DALAM MYKAD 2026
SEMAK SYARAT KELAYAKAN MYSARA ONE OFF 2026
Individu yang memiliki syarat yang berikut adalah layak untuk menerima bantuan secara sekaligus ini:
- Kewarganegaraan Warganegara Malaysia
- Berumur Bermula 18 tahun dan ke atas
Penerima yang memenuhi kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF adalah secara automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Sumbangan Asas Rahmah ONE-OFF ini akan disalurkan secara tanpa tunai seperti berikut :
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
SEMAKAN STATUS MYSARA ONE OFF 2026
Bantuan ini boleh disemak sekiranya anda ingin tahu status kelayakan masing-masing secara dalam talian. Rujuk panduan berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF)
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN ASAS BOLEH DIBELI
Berikut merupakan cara-cara untuk ketahui jenis dan jenama barangan yang diluluskan untuk dibeli menggunakan bantuan yang disalurkan:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]