BANTUAN BUDI MADANI 2026 : SEMAKAN
Banyak inisiatif kerajaan yang diwujudkan dalam membantu rakyat untuk meneruskan kehidupan sewaktu krisis ekonomi sekarang. Salah satu inisiatif tersebut adalah Program Budi Madani di mana menyasarkan semula penjimatan subsidi kepada yang layak mengikut syarat yang dikenakan
Apakah bantuan Budi Madani 2026? Ikuti maklumat selanjutnya dibawah.
BACA JUGA: JUMLAH STR FASA 1
APA ITU BANTUAN BUDI MADANI 2026
Program bantuan ini diwujudkan untuk memastikan subsidi diesel hanya disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, sekali gus mengurangkan ketirisan subsidi untuk menghalang aktiviti penyeludupan bahan api.
Kategori penerima Budi Madani Diesel ini adalah merangkumi individu pemilik kenderaan diesel persendirian (bukan mewah), pekebun kecil dan syarikat agri-komoditi yang telah didaftarkan secara rasmi.
Pelaksanaan program ini juga merupakan salah satu langkah dalam reformasi subsidi di bawah rangka kerja Ekonomi Madani.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN
Setiap kategori mempunyai kriteria khusus bergantung pada jenis kenderaan, pendapatan, serta tujuan penggunaan diesel. Rujuk syarat-syarat berikut di bawah.
Ini merupakan kelayakan yang umum untuk penerima:
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah, berdasarkan semakan data LHDN.
- Permohonan dibuat secara atas talian melalui portal rasmi budimadani.gov.my.
- Akaun bank berdaftar atas nama pemohon masih aktif untuk pengkreditan bantuan tunai.
- KATEGORI BUDI INDIVIDU
- Pemilik kenderaan diesel persendirian berdaftar menggunakan nombor MyKad.
- Cukai jalan (lesen kenderaan motor) masih aktif.
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,000 berdasarkan data LHDN.
- Kenderaan bukan kategori mewah dan berumur lebih daripada 10 tahun.
- Tidak berdaftar bagi kegunaan syarikat, e-hailing, karavan, motorhome, atau bas persiaran.
- Kriteria Kenderaan TIDAK LAYAK untuk BUDI Individu:
- Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat/pertubuhan.
- Kenderaan mewah (seperti Audi, BMW, Mercedes Benz, dsb) di bawah usia 10 tahun.
- Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing ; atau
- Jenis kenderaan: Motosikal diesel, karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.
- BUDI Agri-Komoditi
- Berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) seperti RISDA, LGM, MPOB, atau LPP.
- Terlibat secara aktif dalam tanaman, ternakan, akuakultur, atau komoditi seperti sawit, getah, koko, lada, dan kenaf.
- Jumlah jualan tahunan antara RM50,000 hingga RM300,000.
- Tidak termasuk pekebun kecil di bawah FELDA, FELCRA atau RISDA kerana bantuan subsidi mereka disalurkan melalui skim khas lain.
- Permohonan dibuka sepanjang tahun melalui portal rasmi Budi Madani (budimadani.gov.my) dengan semakan silang automatik bersama data LHDN dan agensi pertanian.
- MySubsidi Diesel (SKSD 2.0)
- Penerima menggunakan Kad Flit Diesel, yang mengawal jumlah diesel bersubsidi berdasarkan jenis kenderaan dan kawasan operasi.
- Skim ini membantu mengekalkan kestabilan kos logistik, mengelakkan penyeludupan, dan memastikan peniaga serta pengusaha kecil terus beroperasi dengan efisien.
CARA MEMOHON BANTUAN BUDI MADANI 2026
Permohonan boleh dilakukan seperti yang ditunjukkan dibawah:
- Layari laman web rasmi Budi Madani Diesel di pautan berikut: budidiesel.gov.my
- Pilih kategori penerima dan klik “Mohon Di Sini”
- Masukkan nombor MyKad dan klik Semak.
- Sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Klik “Daftar Akaun”.
- Isi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran akaun BUDI MADANI. Sebelum klik DAFTAR, pemohon hendaklah memastikan e-mel yang didaftarkan adalah aktif dan tiada kesalahan ejaan kerana pautan verifikasi akan dihantar ke akaun e-mel tersebut untuk pengesahan akaun.
- Setelah proses daftar akaun telah berjaya. Sila semak emel yang telah didaftarkan bagi proses pengesahan dan Log Masuk untuk mengemukakan Permohonan Baru atau semakan Permohonan.
- Buka e-mel yang diterima dan klik pautan pengesahan akaun.
- Kembali ke portal budidiesel.gov.my dan klik “Log Masuk”.
- Masukkan nombor MyKad (12 digit) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik butang “Log Masuk” untuk akses ke papan pemuka (dashboard) akaun anda.
- Setelah log masuk, pilih menu “Permohonan Baru”.
- Pilih kategori permohonan mengikut status anda: BUDI Individu, Budi Agri-Komoditi, atau MySubsidi Diesel (syarikat)
- Isi borang permohonan dengan lengkap maklumat peribadi, nombor akaun bank yang aktif, dan butiran kenderaan diesel (nombor pendaftaran, tarikh luput cukai jalan, jenama/model). Sediakan dokumen sokongan dalam bentuk fail digital untuk dimuat naik.
- Semak semula maklumat yang telah diisi dan hantar permohonan.
- Tunggu pengesahan dan kelulusan permohonan yang biasanya mengambil masa beberapa hari bekerja. Status kelulusan boleh disemak di dashboard akaun anda.
- Jika kelulusan diperoleh, pembayaran subsidi RM200 akan dikreditkan secara automatik ke akaun bank anda setiap bulan. Penerima tanpa akaun bank boleh menuntut subsidi secara tunai di BSN dengan membawa MyKad.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN
Setelah memohon, anda boleh merujuk panduan berikut untuk melakukan semakan pula:
- Layari portal rasmi BUDI MADAI Diesel di https://budidiesel.gov.my
- Pada halaman utama, klik butang “Log Masuk”.
- Masukkan nombor MyKad dengan betul dan klik butang “Semak”.
- Sahkan kata laluan keselamatan (captcha) yang dipaparkan, kemudian tekan “Ya” untuk proses seterusnya.
- Masukkan kata laluan akaun yang telah didaftarkan dan klik butang “Log Masuk”.
- Setelah berjaya log masuk, pergi ke menu “Semakan Status”. Di sini, anda boleh menyemak status permohonan mengikut kategori yang dimohon serta maklumat pembayaran subsidi diesel.
- Jika permohonan anda telah diluluskan, maklumat jumlah subsidi dan tarikh bayaran akan dipaparkan.Jika tidak diluluskan, anda juga boleh melihat sebab dan boleh membuat rayuan atau menghubungi pusat khidmat pelanggan.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN
Penerima yang layak akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan melalui kaedah berikut:
- Pengkreditan ke Akaun Bank: Biasanya pembayaran subsidi akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan dibuat di portal rasmi. Ini memudahkan penerima menerima bantuan tunai tanpa perlu hadir secara fizikal.
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN: Bagi penerima yang tiada akaun bank, subsidi boleh dituntut secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia
RUJUKAN
Info-info dan maklumat diatas adalah dikongsikan bagi tujuan memudahkan capaian pengguna mengenai maklumat terkini mengenai bantuan kerajaan. Untuk sebarang pertanyaan atau info terkini, sila rujuk/layari/hubungi:
- Portal Budi Madani Diesel: https://budidiesel.gov.my/
- Pusat Panggilan SKDS: 03-8084 4566
- Emel: [email protected]
- Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat)