JUMLAH STR FASA 1 2026 : SEMAK AMAUN BAYARAN
Pembayaran yang akan disalurkan kepada penerima adalah berbeza mengikut kategori penerima masing-masing. Penerima yang daripada kategori isi rumah akan mendapat bayaran daripada RM500 sehingga RM100 yang akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing yang aktif.
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh melakukan penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional di mana-mana cawangan yang berdekatan dengan anda.
Berapakah jumlah STR fasa 1? Ikuti info selanjutnya dibawah ini.
BACA JUGA: SEMAK SARA 2026
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Semua individu yang mempunyai kriteria seperti berikut adalah layak untuk menjadi penerima bantuan STR 2026 ini:
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAK STATUS TERKINI PENERIMA STR 2026
Individu yang ingin melakukan semakan sama ada layak atau tidak menerima bantuan boleh dilakukan dengan menuruti langkah-langkah berikut:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN BANTUAN
Pengkreditan bantuan akan disalurkan mengikut info yang disahkan oleh Kementerian Kewangan seperti berikut:
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | 20 Januari 2026 (Selasa) |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026
Bayaran bantuan STR 2026 yang akan disalurkan kepada penerima adalah seperti berikut mengikut kategori masing-masing:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) | BAYARAN FASA 1 |
|---|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1-2 : RM1,200 Anak 3-4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1-2 : RM300 Anak 3-4 : RM400 Anak 5 dan Ke atas : RM500 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 | Tiada (0) Anak : RM100 Anak 1 hingga 2 : RM100 Anak 3 hingga 4 : RM150 Anak 5 dan Ke atas : RM200 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 | RM600 |
| Bujang | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA |
KAEDAH JUMLAH BAYARAN STR FASA 1
Pengkreditan akan menggunakan dua kaedah seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]