STR ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS FASA 3

STR ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS FASA 3

Penyaluran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2026 bagi Fasa 3 akan dikreditkan secara berperingkat mengikut akaun bank yang didaftarkan. Selalunya, penerima yang menggunakan Bank Simpanan Nasional akan menerima bantuan dengan cepat.

Namun begitu, sekiranya status anda adalah layak menerima bantuan, anda perlu menunggu sehingga dua ke tiga hari sekiranya bantuan masih belum dikreditkan ke akaun bank. Hal ini kerana penyaluran yang dilakukan adalah secara menyeluruh di semua negeri dan bergantung kepada bank yang digunakan.

Bagaimanakah STR online 2026? Semak status anda dengan merujuk panduan dan info yang diperincikan di dalam artikel ini.

BACA JUGA: SARA BUJANG 2026

SEMAKAN STATUS STR ONLINE 2026 FASA 3

Rujuk panduan yang disediakan berikut untuk menyemak sama ada anda layak atau tidak menjadi penerima bantuan STR 2026 terutama bagi Fasa 3 ini:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR

Bantuan STR akan disalurkan kepada penerima melalui dua kaedah penyaluran sahaja iaitu:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

TARIKH PENYALURAN STR ONLINE 2026 FASA 3

Tarikh penyaluran bantuan STR 2026 bagi Fasa 3 adalah seperti berikut:

FASATARIKH PENYALURAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 3
Belum Diisytiharkan

JADUAL PEMBAYARAN STR 2026

STR 2026 diagihkan secara berperingkat melalui beberapa fasa yang boleh dirujuk menerusi jadual pembayaran di bawah:

PERINGKATJADUAL PEMBAYARAN STR 2026
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 210 Mac 2026
Fasa 3Belum Diisytiharkan
Fasa 4

JUMLAH BAYARAN STR 2026 FASA 3

Jumlah bayaran STR bagi sepanjang tahun 2026 secara umum dan Fasa 3 secara khusus boleh dirujuk menerusi jadual di bawah:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
STR 2026
(SETAHUN)
JUMLAH BAYARAN
STR 2026
(FASA 3)
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM700
Anak 1-2 : RM1,200
Anak 3-4 : RM1,700
Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
Tiada (0) Anak : Belum Diisytiharkan
Anak 1-2 : –
Anak 3-4 : –
Anak 5 dan Ke atas : –
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Tiada (0) Anak : Belum Diisytiharkan
Anak 1 hingga 2 : –
Anak 3 hingga 4 : –
Anak 5 dan Ke atas : –
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangBayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARABayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA

RUJUKAN

Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
  • Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
  • e-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment