SEMAK STR 2026 ONLINE : FASA 3
Penyaluran bantuan STR untuk sesi 2026 ini bakal disampaikan pada suku ketiga tahun ini bagi Fasa 3. Orang ramai digalakkan untuk membuat semakan kelayakan penerima yang boleh dilakukan secara dalam talian.
Hal ini supaya sekiranya ada data yang tidak dikemaskini setelah sekian lama boleh dilakukan dengan segera supaya tiada masalah akan berlaku sewaktu pengkreditan bantuan disalurkan.
Bagaimanakah semak STR 2026 online? Ikuti maklumat yang sahih yang disediakan di bawah.
BACA JUGA: BANTUAN SARA BULANAN 2026
DAFTAR AKAUN MYSTR BAHARU
Pemohon STR yang belum lagi daftar akaun MySTR, boleh lakukannya sekarang dengan merujuk panduan berikut:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
SEMAK STATUS PENERIMA STR 2026 ONLINE
Pemohon bantuan STR 2026 boleh semak status kelayakan untuk menjadi penerima bantuan berkenaan dengan melayari laman rasmi di bawah dan ikuti panduan yang diberikan:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 3
Tarikh bayaran STR 2026 bagi Fasa 3 belum dikeluarkan secara rasmi oleh pihak kerajaan. Seandainya terdapat perkembangan terkini, pihak kami akan mengemas kininya dengan segera di sini.
SEMAK JADUAL AGIHAN STR 2026
Bantuan STR 2026 akan diagihkan menurut beberapa fasa seperti dalam jadual agihan berikut:
| FASA | JADUAL AGIHAN STR 2026 |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Belum Diumumkan |
| Fasa 4 | – |
SEMAK JUMLAH BAYARAN STR 2026
Berikut merupakan jumlah bayaran STR yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk sesi 2026 ini:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2026 (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 |
| Bujang | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA |
KADAR BANTUAN STR 2026 FASA 3
Kadar bantuan STR 2026 bagi Fasa 3 adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN STR 2026 FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah | Belum Diumumkan |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | – |
| Warga Emas Tiada Pasangan | – |
| Bujang | – |
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN STR 2026
Bantuan STR 2026 ini akan disalurkan kepada penerima yang layak dengan menggunakan kaedah pembayaran berikut bergantung kepada keadaan penerima:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
- Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
- e-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.