PERMOHONAN RAYUAN STR 2026
Status penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2026 boleh disemak kini dengan melayari laman sesawang STR. Panduan cara semakan juga ada disediakan dibawah untuk rujukan anda.
Sekiranya status anda adalah tidak layak, anda boleh cuba untuk kemukakan rayuan permohonan setelah menyemak syarat kelayakan yang ada pada anda.
Bagaimanakah permohonan rayuan STR 2026? Sila teruskan bacaan anda untuk ketahui caranya dibawah.
BACA JUGA: LOGIN STR FASA 1
SEMAK STATUS BANTUAN STR 2026
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membuat semakan. Antaranya adalah:
- KAEDAH 1: Portal Rasmi STR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
- KAEDAH 2: Pejabat LHDNM.
- Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan secara manual
- KAEDAH 3: Hotline BKK.
- Hubungi 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang).
- KAEDAH 4: Hotline MOF.
- Hubungi 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)
KAEDAH BAYARAN PERMOHONAN BANTUAN STR 2026
Bayaran yang akan disalurkan kepada penerima akan melalui kaedah seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon/Pasangan – mulai 20 Januari 2026 secara berperingkat.
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
CARA PERMOHONAN RAYUAN STR 2026
Semua Permohonan Baharu serta Permohonan Rayuan STR 2026 Fasa 1, tarikh semakan status dan pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Anda boleh melakukan permohonan rayuan dengan dua cara seperti berikut:
- Secara Dalam Talian (Online):
- Layari portal rasmi STR.
- Log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Pilih menu “Permohonan Rayuan” apabila tempoh rayuan dibuka.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan yang relevan.
- Secara Manual di Kaunter LHDNM:
- Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
- Dapatkan borang Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01) secara percuma di kaunter atau muat turun dari portal rasmi STR.
- Isi borang dengan lengkap dan sediakan dokumen sokongan.
- Serahkan borang dan dokumen di kaunter. Penghantaran melalui e-mel tidak diterima
Catatan: Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2026 secara dalam talian boleh dibuat oleh semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus, kecuali bagi permohonan yang berstatus Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara. Permohonan rayuan bagi Kod Duplikasi dan Kod 32 hanya boleh dibuat secara manual di kaunter LHDNM.
RUJUKAN
Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.