JUMLAH STR FASA 1 2026 : BAYARAN BANTUAN
Pada tahun 2026 ini, jumlah penyaluran bantuan STR yang disalurkan secara berfasa telah ditetapkan oleh kerajaan mengikut kategori masing-masing.
Kategori isi rumah untuk golongan B40 dan M40 akan menerima jumlah bantuan bermula daripada RM2,200 sehingga RM200 manakala kategori warga emas tanpa pasangan pula akan menerima bantuan sebanyak RM600. Kategori bujang pada tahun ini digantikan dengan bantuan SARA secara bulanan.
Berapakah jumlah STR fasa 1 2026? Semak jumlah bantuan yang disalurkan dibawah untuk kenalpasti bayaran bagi setiap kategori.
BACA JUGA: SARA BULANAN
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 1 2026
Status penerima bantuan STR 2026 boleh disemak dengan merujuk panduan yang disertakan dibawah:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026
Penyaluran bantuan STR bagi fasa 1 untuk tahun 2026 ini adalah seperti berikut:
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | 20 Januari 2026 (Selasa) |
JUMLAH BAYARAN STR 2026
Penerima akan mendapat sejumlah bantuan yang mana kadar penyalurannya telah pun ditetapkan oleh kerajaan. Walaubagaimanapunn, jumlah penyaluran bagi fasa 1 belum lagi diuar-uarkan oleh kerajaan.
Rujuk rajah berikut untuk ketahui jumlah penyaluran bagi setiap kategori secara keseluruhan:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 |
| Bujang | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA |
Amaun pembayaran bagi setiap Fasa (1 ,2 ,3 ,4) belum lagi dihebahkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Bantuan STR adalah berbeza dengan bantuan SARA kaedah penyalurannya. Penerima akan mendapat sejumlah bantuan secara tunai yang dimasukkan ke dalam akaun bank penerima atau boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional yang terdekat.
RUJUKAN
Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]