SEMAKAN KELAYAKAN SARA 2026 : CARA SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH BULANAN
SARA ini merupakan program bantuan yang dilanjutkan daripada bantuan STR di mana ianya menyasarkan kepada golongan rakyat yang memerlukan dan terkesan dengan ekonomi dunia pada masa kini.
Bantuan SARA pula terbahagi kepada dua iaitu secara bulanan dan one-off. Baru-baru ini Kementerian Kewangan telah mengumumkan tarikh rasmi bantuan ini akan disalurkan pada sesi 2026 ini.
Bagaimanakah semakan kelayakan SARA 2026? Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui info serta maklumat terkini mengenai bantuan SARA.
BACA JUGA: SEMAKAN RAYUAN SBP
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SARA 2026
Berikut disediakan panduan untuk penerima melakukan semakan kelayakan untuk bantuan ini secara dalam talian sahaja:
- Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
- Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
PEMBAYARAN BANTUAN SARA 2026
Semalam Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa penyaluran Sumbangan Asas Rahmah untuk sesi 2026 ini akan bermula pada 9 Januari ini. Penyaluran adalah secara tanpa tunai yang akan dimasukkan ke dalam MyKad penerima masing-masing setiap bulan.
SEMAKAN KADAR BANTUAN SARA 2026
Penerima boleh merujuk rajah dibawah yang menunjukkan jumlah bantuan yang akan diterima secara keseluruhan:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RN600 |
| Bujang | RM600 |
SENARAI BARANGAN MYKASIH 2026
Berikut merupakan cara-cara untuk ketahui barangan yang dibolehkan untuk dibeli menggunakan bantuan SARA ini:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]