SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2026 : CHECK STATUS KELULUSAN PEMOHON YANG LAYAK TERIMA BAYARAN
Menjelang tahun 2026 ini, orang ramai boleh mula membuat semakan terkini mengenai bantuan STR 2026 sama ada layak atau tidak menjadi penerima bantuan.
Sekiranya anda layak, anda haruslah mendaftar akaun mySTR yang baharu dan mengemaskini maklumat terkini kepada penerima yang pernah menerima bantuan. Hal ini bagi memudahkan penyaluran dan semakan dilakukan kelak.
Bagaimanakah semakan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 2026? Ikuti lagi info serta maklumat terkini yang ada di bawah.
BACA JUGA: CARA DAFTAR BANTUAN BARANG MYKASIH 2026
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Terdapat tiga kategori penerima beserta syarat kelayakan yang patut ada pada penerima bantuan ini iaitu:
- Isi Rumah
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2026
Langkah-langkah berikut disediakan untuk penerima yang ingin menyemak status kelayakan mereka terkini:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
DAFTAR BAHARU MYSTR 2026
Semua penerima haruslah melakukan pendaftaran akaun baharu untuk mySTR 2026 bagi memudahkan semakan dan penyaluran dilakukan kelak. Rujuk langkah berikut untuk mendaftar:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
SEMAKAN TARIKH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2026
Penyaluran bantuan STR sehingga kini masih belum diumumkan lagi oleh Kementerian Kewangan Malaysia.Walaubagaimanapun, orang ramai dinasihati agar sentiasa melayari Portal Rasmi bantuan supaya tidak ketinggalan mengetahui maklumat terkini.
Kami juga akan kemaskini maklumat di artikel kami sejurus sahaja hebahan mengenai tarikh rasmi penyaluran diadakan kelak.
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Rujuk rajah dibawah untuk ketahui jumlah secara keseluruhan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada penerima bantuan mengikut kategori:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR (2026) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
RUJUKAN
Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.