BAYARAN STR FASA 1 2026 : SEMAKAN
Program Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan yang dilancarkan demi membantu rakyat tergolong daripada golongan yang berpendapatan rendah dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Kaedah penyaluran bantuan STR ini adalah berbeza dengan bantuan SARA kerana ianya berbentuk tunai dan disalurkan secara terus kepada penerima menerusi akaun bank milik penerima.
Bilakah bayaran STR fasa 1 2026? Sila ikuti info seterusnya yang terkini ada dibawah.
BACA JUGA: SEMAKAN RAYUAN SBP
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Beberapa syarat ada ditetapkan oleh kerajaan dalam menentukan kategori dan golongan yang layak sahaja untuk menerima bantuan. Syarat-syarat adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
SEMAKAN KELAYAKAN STR FASA 1 2026
Penerima boleh melakukan semakan kelayakan terkini dengan melayari pautan rasmi seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
DAFTAR AKAUN MYSTR 2026 BAHARU
Pembaharuan yang dilakukan untuk bantuan STR 2026 ini adalah penggunaan akaun baharu iaitu mySTR. Penerima haruslah mendaftar akaun ini dengan segera dan memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan terkini.
Rujuk langkah-langkah pendaftaran berikut:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026
Setakat ini, tarikh bagi penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa Pertama masih belum dihebahkan oleh Kementerian Kewangan.
Kami akan kemaskini maklumat terkini sejurus sahaja berlakunya hebahan mengenai tarikh rasmi bantuan oleh kerajaan kelak.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026
Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima melalui penyaluran ke akaun bank penerima atau boleh tebus secara tunai di kaunter bank BSN. Jumlah bantuan yang diperuntukkan adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR (2026) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
RUJUKAN
Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.