CARA RAYUAN SBP 2026 : CONTOH SURAT RAYUAN SBP TINGKATAN 1 & 4
Pelajar yang mempunyai kecemerlangan yang tinggi di sekolah rendah harian boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah yang mempunyai latarbelakang akademik yang berprestij tinggi seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Pelajar boleh membuat permohonan ke sekolah-sekolah khusus yang mempunyai akademik cemerlang di setiap negeri. Sekiranya permohonan anda ditolak, pelajar boleh meminta ibu bapa untuk membuat rayuan ke sekolah khusus tersebut.
Bagaimanakah cara rayuan SBP 2026? Teruskan membaca untuk ketahui langkah seterusnya.
BACA JUGA: BANTUAN KASIH JOHOR 2026
SENARAI SEKOLAH KHUSUS
Pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah rendah semestinya ada meletakkan harapan untuk ke sekolah yang mempunyai kecemerlangan yang tinggi. Antara contoh sekolah yang dimaksudkan adalah sekolah khusus yang disenaraikan seperti berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
TARIKH RAYUAN SBP 2026
Pelajar yang gagal dalam permohonan ke sekolah khusus atau SBP yang akan diketahui keputusannya kelak, boleh terus melakukan rayuan pada tarikh berikut:
- Tarikh rayuan : Mulai 26 Dis 2025 – 13 Jan 2026
- Tarikh semakan keputusan rayuan : 6 – 10 Feb 2026
CARA SEMAKAN PERMOHONAN SBP 2026
Bermula esok, 26 Disember 2025, pelajar sudah boleh melakukan semakan keputusan permohonan ke SBP dengan melayari pautan yang telah disediakan di bawah:
- Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/
- Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/semakan_sbpt4/
Tarikh pendaftaran kemasukan ke SBP ada dinyatakan pada butiran surat tawaran yang dilampirkan sekiranya pelajar tersebut berjaya ditempatkan.
Pelajar diharuskan untuk semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan dan sekiranya bersetuju dengan tawaran, surat dan lampiran tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.
CARA RAYUAN PERMOHONAN SBP 2026
Sekiranya pelajar tidak berjaya untuk ditempatkan di mana-mana SBP di seluruh negeri, pelajar atau ibu bapa boleh melakukan rayuan permohonan. Langkah-langkah untuk melakukannya adalah dengan melalui e-Rayuan Sekolah Khusus seperti berikut:
- Laman e-Rayuan boleh diakses secara online melalui:
- Tingkatan Satu : https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan Empat : https://spskt4.moe.gov.my
- Pemohon perlu klik pada butang E-Rayuan.
- Sila isi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.
- Sila pilih senarai SBP yang diinginkan.
NOTA:
- Tiada rayuan akan dibuka untuk ke Maktab Tentera DiRaja
- Rayuan untuk kemasukan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik boleh terus hadir ke mana-mana Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berdekatan
RUJUKAN
Pembaca boleh rujuk saluran yang disediakan dibawah untuk ketahui maklumat lanjut berkaitan dengan rayuan SBP serta Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK):
- Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546
(8.00 pagi – 5.00 petang)
- Bahagian Pendidikan Islam KPM
Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371
(8.00 pagi – 5.00 petang)
- Bahagian Pengurusan Maklumat KPM
Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WP Putrajaya.
Tel: 03- 8884 3509 / 3684
(8.00 pagi – 5.00 petang)
Bagi layari info-info yang terkini, anda juga boleh rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu http://www.moe.gov.my/ atau hubungi hotline 03-8000 8000.