SEMAKAN BAYARAN SARA 2026 : TARIKH, JUMLAH & JADUAL
Sumbangan Asas Rahmah merupakan satu bantuan yang khusus untuk rakyat yang disenaraikan sebagai golongan miskin dan miskin tegar dalam data eKasih. Terdapat tiga kategori iaitu isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan juga kategori bujang.
Namun begitu, penerima bantuan STR juga akan turut menerima bantuan ini. Hal ini membolehkan lebih ramai lagi yang akan menggunakan MyKad masing-masing untuk membuat pembelian di kedai runcit serta pasaraya yang berdaftar.
Bagaimanakah semakan bayaran SARA 2026? Ikuti pencerahan selanjutnya di bawah.
BACA JUGA: SEMAK KELAYAKAN PLKN
KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026
Kriteria berikut adalah yang selayaknya untuk menjadi penerima bantuan ini:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam Sistem eKasih,
- Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN SARA 2026
Terdapat dua laman rasmi yang boleh digunakan untuk membuat semakan kelayakan ini. Boleh rujuk dua panduan berikut untuk melakukannya:
- Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
- Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN SARA 2026
Penyaluran bantuan SARA adalah secara bulanan yang akan dikreditkan ke dalam akaun MyKad penerima setiap bulan bermula Januari 2026 hingga Disember 2026. Penerima boleh menggunakannya untuk membeli barangan keperluan asas yang berlabel SARA MyKasih iaitu beras, telur, minyak masak, produk kebersihan diri, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Baki bantuan yang tidak digunakan dalam bulan tersebut masih boleh digunakan dan akan dibawa ke bulan berikutnya sehingga tamat tempoh program. Sekiranya baki tidak digunakan selepas tarikh 31 Disember 2026, ia akan secara automatik luput dan tidak boleh dipindahmilik atau digunakan lagi.
JADUAL BAYARAN BULANAN SARA 2026
Menteri Kewangan ada memaklumkan bahawa jumlah peruntukan keseluruhan untuk SARA dan STR 2026 adalah sebanyak RM15 bilion yang mana merupakan hasila daripada penjimatan subsidi kerajaan.
Jadual dibawah menunjukkan pembayaran bantuan kepada penerima secara bulanan:
| BULAN | ISI RUMAH | WARGA EMAS TIADA PASANGAN | BUJANG |
|---|---|---|---|
| Januari 2026 | RM200 | RM150 | RM50 |
| Februari 2026 | RM200 | RM150 | RM50 |
| Mac 2026 | RM200 | RM150 | RM50 |
| April 2026 | RM200 | RM150 | RM50 |
| Mei 2026 | RM200 | RM150 | RM50 |
| Jun 2026 | RM200 | RM150 | RM50 |
| Julai 2026 | RM200 | RM150 | RM50 |
| Ogos 2026 | RM200 | RM150 | RM50 |
| September 2026 | RM200 | RM150 | RM50 |
| Oktober 2026 | RM200 | RM150 | RM50 |
| November 2026 | RM200 | RM150 | RM50 |
| Disember 2026 | RM200 | RM150 | RM50 |
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]