BANTUAN KASIH JOHOR 2026 : SYARAT KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN

BANTUAN KASIH JOHOR 2026 : SYARAT KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN

Kerajaan Negeri Johor telah mewujudkan satu program iaitu BKJ 2026 atau nama penuhnya adalah Bantuan Kasih Johor 2026. Tujuan penubuhan ini adalah untuk meringankan beban keluarga yang berdepan peningkatan kos sara hidup.

Fungsi program ini tidak hanya menawarkan bantuan kewangan, tetapi juga sebagai skim perlindungan sosial yang lebih kukuh untuk memastikan setiap penerima mendapat bantuan mengikut keperluan sebenar.

Apakah Bantuan Kasih Johor 2026? Ikuti info berikutnya dibawah ini.

BACA JUGA: BANTUAN RM200 SEBULAN 2026

FUNGSI BANTUAN KASIH JOHOR 2026

Pelbagai penambahbaikan telah dilakukan boleh kerajaan negeri Johor seperti mewujudkan Bantuan Kasih Johor 2026 (BKJ) untuk meringankan beban keluarga yang berdepan peningkatan kos sara hidup.

BKJ 2026 telah dirangka lebih menyeluruh dan inklusif dengan keadaan ekonomi yang terkini supaya lebih ramai penduduk Johor dapat menerima manfaat, termasuk golongan B40, sukarelawan, penjawat awam, komuniti setempat serta mereka yang memerlukan bantuan berterusan.

Program ini bukan sahaja menawarkan bantuan kewangan, tetapi juga skim perlindungan sosial yang lebih kukuh untuk memastikan setiap penerima mendapat bantuan mengikut keperluan sebenar.

BKJ 2026 membantu rakyat memahami kategori, jumlah bantuan, proses permohonan dan perkembangan bayaran dengan lebih jelas menerusi 23 komponen utama yang meliputi bantuan kebajikan, pendidikan, motivasi serta insentif komuniti.

CARA MOHON BANTUAN KASIH JOHOR 2026

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian melalui portal rasmi kerajaan negeri. Pemohon boleh merujuk panduan berikut:

  1. Masuk ke portal rasmi Permohonan BKJ 2026.
  2. Buat pendaftaran menggunakan nombor kad pengenalan dan nombor telefon.
  3. Isi maklumat peribadi yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen sokongan (jika diminta).
  5. Sahkan semua maklumat dan hantar permohonan.
  6. Semak status permohonan dari semasa ke semasa.

KATEGORI PENERIMA BKJ 2026

Bantuan Kasih Johor 2026 banyak memberi tumpuan kepada golongan yang memerlukan dan kumpulan yang banyak menyumbang kepada pembangunan negeri. Berikut merupakan kategori penerima bantuan berdasarkan laporan Media Digital Johor:

Kategori / GolonganJenis Bantuan / Nota
Anak yatimRM2,000 + simpanan SSPN untuk pendidikan masa depan.
Ketua isi rumah miskin / miskin tegarBantuan tunai sekali bayar RM2,000.
Ibu tunggal / keluarga tunggalInsentif khas sebanyak RM500 seorang.
Petani, penternak, nelayanBantuan one-off RM400.
Pesakit kronik (dialisis, kanser)Bantuan kebajikan & sokongan rawatan tertentu.
Warga emas / OKUSokongan perlindungan sosial & kebajikan.
Pemandu teksi, e-hailing, p-hailing & pengangkutanPenerima insentif one-off BKJ.
Pesara tentera, polis & pesara kerajaanPenerima insentif khas.
Pekerja am, pekerja kebersihan sekolah, pengawal keselamatanTermasuk dalam kumpulan penerima manfaat BKJ 2026.
Sukarelawan komuniti, ketua kampung, tok batin, wakil Orang Asli (JAKOA)Pengiktirafan & bantuan khas.
Penggiat pelancongan, NGO, pelajar pra-universiti/asasiInsentif motivasi & bantuan pendidikan.
Pengamal media berdaftar KMJBantuan tunai RM1,000.

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Pembayaran bantuan setakat ini, masih belum ada tarikh rasmi yang diumumkan oleh kerajaan negeri untuk pembayaran BKJ 2026. Kebiasaannya, bayaran dibuat mengikut jadual belanjawan atau hebahan rasmi oleh agensi yang terlibat.

RUJUKAN

Semua info dan maklumat dalam penulisan artikel ini adalah untuk memudahkan capaian pengguna. Sebarang pertanyaan dan persoalan yang ingin diajukan, boleh merujuk kepada yang berikut:

  • Portal Media Digital Johor
  • Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor
  • Pengumuman Menteri Besar Johor

Leave a Comment