STR FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN
Penambahan jumlah penerima bantuan yang disalurkan oleh kerajaan Malaysia iaitu SARA dan STR untuk sesi 2026 adalah tinggi kerana krisis ekonomi yang melanda sekarang ini.
Hal ini menunjukkan bahawa program bantuan yang dijalankan oleh kerajaan telah membantu rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan kelengkapan sara hidup yang dibekalkan.
Apakah STR fasa 1 2026? Turuti info beserta maklumat dibawah untuk ketahui maklumat-maklumat yang terkini.
BACA JUGA: BANTUAN RM200 SEBULAN 2026
KELAYAKAN BANTUAN STR 2026
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah untuk sesi 2026 mestilah memenuhi kriteria berikut mengikut kategori:
- Isi Rumah
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2026
Berikut merupakan panduan untuk membuat semakan status sama ada lulus atau tidak sebagai penerima bantuan:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
DAFTAR BAHARU MYSTR 2026
Semua penerima bantuan STR yang baharu dan yang lama hendaklah mendaftar akaun baru bagi memudahkan urusan semakan dan penyaluran bantuan sesi 2026 kelak. Rujuk panduan untuk mendaftar di bawah ini:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
LOG MASUK MYSTR
Setelah mendaftar, anda boleh turuti panduan berikut untuk terus log masuk dan menikmati fungsi-fungsi lain yang terdapat dalam MySTR:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan Str
- Jumlah Telah Dibayar
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- Status Kelayakan SARA
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
- Perubahan Maklumat Permohonan
- Cetak Permohonan
- Semakan Permohonan
- Kemas Kini Maklumat Asas
- Tukar Kata Laluan
- Maklumbalas
- Peti Mel
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
JUMLAH STR FASA 1 2026
Rajah berikut menunjukkan jumlah penyaluran bantuan secara keseluruhan. Bantuan akan disalurkan secara tunai kepada penerima dan berfasa mengikut peringkat.
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR (2026) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
TARIKH PENYALURAN STR FASA 1 2026
Setakat ini, penyataan rasmi daripada Kementerian Kewangan mengenai tarikh penyaluran bantuan STR untuk Fasa Pertama sesi 2026 masih belum dikeluarkan.
Rakyat diminta untuk sentiasa melayari Portal Rasmi agar tidak ketinggalan maklumat yang penting. Kami juga akan kemaskini apabila terdapat info dan makluman baru mengenai bantuan.
RUJUKAN
Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.