BANTUAN RM300 SETIAP BULAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA & MOHON SEGERA SEBELUM TARIKH TUTUP
Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan bantuan khusus untuk rakyat negeri tersebut yang berpendapatan rendah bagi membantu meringankan bebanan dalam pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
Program ini membolehkan penerima untuk menggunakan peruntukan bulanan mereka di pasar raya serta premis terpilih.
Bagaimanakah bantuan RM300 setiap bulan? Ikuti info penting dalam artikel ini.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Bantuan sebanyak RM300 akan diterima oleh rakyat yang mempunyai kelayakan seperti berikut:
- Warganegara : Malaysia.
- Umur : Tiada had.
- Status Perkahwinan : Berkahwin atau ibu / bapa tunggal.
- Kadar Pendapatan : Tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Negeri Asal / Menetap : Selangor (lebih 10 tahun menetap).
- Tanggungan : Mempunyai sekurangnya 2 orang yang berumur bawah 18 tahun.
- Tempat Mengundi : Selangor.
CARA MOHON BANTUAN RM300 SETIAP BULAN
Portal permohonan bantuan ini telah ditutup bagi permohonan tahun 2025. Namun, untuk permohonan 2026 akan bermula pada 1 November 2025 sehingga tarikh tutup diumumkan.
Syarat kelayakan yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan baru Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) melalui laman web Portal Rasmi seperti berikut:
- Pergi ke laman web Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Halaman utama Portal Rasmi akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah dan klik Butang [Log Masuk].
- Tekan [Daftar Akaun Selangkah baharu] jika belum mempunyai akaun Selangkah.
- Laman Pendaftaran Akaun Selangkah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Telefon untuk pendaftaran akaun Selangkah.
- Ikuti langkah-langkah pendaftaran dan Isi semua maklumat-maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan yang diminta.
- Setelah pendaftaran berjaya, sila log masuk bingkas dengan akaun Selangkah yang telah didaftarkan dengan Nombor Telefon dan Kata Laluan yang telah ditetapkan.
- Selesai.
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN
Cara semakan status bantuan boleh dilakukan menggunakan dua kaedah iaitu melalui aplikasi dan juga melalui portal rasmi. Rujuk dua kaedah beserta panduan berikut:
- Cara semak guna aplikasi Selangkah:
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah‘ dalam telefon pintar anda melalui :
- App Store / Play Store / App Gallery (mengikut kesesuaian jenis telefon).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Lengkapkan pendaftaran akaun anda.
- Aktifkan akaun e-Wallet.
- Terus ke bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan permohonan anda.
- Status kelayakan akan dipaparkan.
- Selesai.
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah‘ dalam telefon pintar anda melalui :
- Cara semak guna portal rasmi:
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 :https://bingkasselangor.com/
- Terus klik Butang [Semak Status Permohonan].
- Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
- Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
- Selesai.
KADAR PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan akan dikreditkan dengan kadar sebanyak RM300 setiap bulan melalui aplikasi e-Dompet ketua isi rumah yang layak:
| KADAR PENGKREDITAN SEBULAN | KADAR PENGKREDITAN SETAHUN |
|---|---|
| RM300 | RM3,600 |
Namun, baki yang masih ada pada bulan sebelum TIDAK akan dibawa ke bulan berikutnya. Bantuan akan disalurkan pula sebanyak RM300 untuk bulan berikutnya..
RUJUKAN
Perkongsian maklumat yang kami kongsikan di sini hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan ‘Bantuan e-Wallet BINGKAS’, anda boleh kemukan dengan merujuk pihak berwajib di talian dan laman berikut :
- Talian BINGKAS : 1800 22 6600.
- Laman Pertanyaan BINGKAS : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.
- Soalan Lazim BINGKAS : https://bingkasselangor.com/soalan-lazi