SEMAK BAKI MYKASIH : CARA CHECK DUIT SARA DALAM MYKAD ANDA
Penerima bantuan SARA perlu sentiasa peka dengan baki bantuan yang ada dalam MyKad. Hal ini bagi mengelakkan masalah berlaku sewaktu pembayaran di kaunter.
Baki bantuan boleh disemak menggunakan beberapa kaedah. Rujuk kaedah tersebut dalam artikel ini yang mana disediakan untuk memudahkan rujukan pengguna.
Bagaimanakah semak baki MyKasih? Ketahui cara-caranya dengan membaca artikel ini sehingga habis.
BACA JUGA: CARA LOG MASUK MYSTR
SEMAK STATUS BAKI MYKASIH
Kadar baki atau jumlah penyaluran bantuan yang ada dalam MyKad penerima boleh disemak melalui dalam talian dengan melayari salah satu daripada laman sesawang seperti berikut:
- Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
- Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN MYKASIH
Penerima bantuan haruslah sentiasa peka dengan barangan yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan SARA MyKasih ini. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya masalah di kaunter pembayaran. Rujuk panduan serta senarai barangan berikut:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
| Kategori | Contoh Jenama |
|---|---|
| Beras | Jasmine, Jati, Saga, Bernas, Faiza, Cap Rambutan, Cap Gajah, Cap Masjid |
| Roti | Gardenia, Massimo, Mighty White |
| Telur | CP, NutriPlus, QL Eggs |
| Minyak Masak | Alif, Knife, Saji, Daisy, Seri Murni, Buruh, Vesawit |
| Tepung | Cap Sauh, Cap Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros |
| Biskut | Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob’s, Hup Seng |
| Mi Segera | Maggi, Indomie, Mamee, Mi Sedaap, Cintan |
| Minuman | MILO, Dutch Lady, Nescafé, BOH, F&N, Fernleaf, Marigold, Vico, Quaker |
| Makanan Dalam Tin | Ayam Brand, TC Boy, Adabi, Yeo’s, Kimball, King Cup |
| Bahan Perasa | Puteri, Kimball, Life, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, CSR, Planta, Cap Kipas Udang, Habhal’s |
| Produk Kebersihan Diri | Colgate, Dettol, Kotex |
| Ubat-Ubatan Ringan | Panadol, Hurix’s, Strepsils, Prospan, Sterimar, Difflam |
| Barangan Persekolahan | Faber-Castell, Staedtler, Stabilo, Bata, Canggih |
| Kebersihan Rumah | Breeze, Daia, Top, Sunlight, Axion, Ajax, Fabuloso |
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]