LOG MASUK MYSTR : SEMAKAN STATUS KELULUSAN 2026 & BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Terkini melalui hebahan pihak kerajaan,penerima bantuan STR yang lama dan yang baru memohon harus mendaftar akaun baru di portal mySTR dan mengaktifkannya.
Kewujudan portal baru ini diadakan adalah dengan harapan dapat mengelakkan rakyat Malaysia daripada ditipu oleh agensi atau pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengambil kesempatan sewaktu kesempitan.
Bagaimanakah log masuk mystr 2026? Sila ikuti maklumat terkini yang disenaraikan di bawah.
BACA JUGA: KEMASKINI STR : BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026
LOG MASUK MYSTR
Berikut merupakan panduan untuk penerima STR 2026 memasuki portal rasmi mySTR 2026 selepas membuat pendaftaran akaun:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan Str
- Jumlah Telah Dibayar
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- Status Kelayakan SARA
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
- Perubahan Maklumat Permohonan
- Cetak Permohonan
- Semakan Permohonan
- Kemas Kini Maklumat Asas
- Tukar Kata Laluan
- Maklumbalas
- Peti Mel
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
📢 Maklumat Pantas: Sertai Channel WhatsApp rasmi kami untuk dapat notifikasi bantuan terkini terus ke telefon anda!
📲 Sertai Channel WhatsApp KamiLOG MASUK SEMAKAN STATUS MYSTR
Cara-cara untuk membuat semakan status mengenai penerimaan bantuan STR adalaj seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
TALIAN BANTUAN
Maklumat dan info yang ditulis dalam artikel ini adalah untuk memudahkan carian orang ramai mengenai Panduan Permohonan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.