CHECK STR 2026 : KELAYAKAN FASA 3
Bagi penerima STR sedia ada dan juga pemohon baharu bagi tahun 2026, anda diwajibkan untuk mendaftar akaun baharu di portal rasmi MySTR sebelum membuat semakan. Langkah ini bertujuan memastikan keselamatan data peribadi anda lebih terjamin serta mengelakkan sebarang aktiviti penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jadi, bagaimana cara check STR 2026 untuk semak kelayakan bagi Fasa 3? Jangan risau, di bawah ini disediakan panduan lengkap serta maklumat terkini bagi membantu anda membuat semakan status STR 2026 dengan cara yang lebih mudah, cepat dan selamat melalui portal rasmi MySTR.
BACA JUGA: BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
TARIKH PEMBAYARAN STR 2026 FASA 3
Tarikh pembayaran STR 2026 bagi Fasa 3 adalah:
| SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | TARIKH PEMBAYARAN STR 2026 |
|---|---|
| Fasa 3 | Bakal Dimaklumkan |
JUMLAH PEMBAYARAN STR 2026 FASA 3
Jumlah pembayaran STR 2026 bagi Fasa 3 adalah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PEMBAYARAN STR 2026 (FASA 3) |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah | Bakal Dimaklumkan |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | – |
| Warga Emas Tiada Pasangan | – |
| Bujang | – |
CARA DAFTAR AKAUN MYSTR
Cara daftar akaun MySTR adalah:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
CHECK STR 2026
Cara check sama ada anda layak atau tidak terima bantuan STR 2026 adalah:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan Str
- Jumlah Telah Dibayar
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- Status Kelayakan SARA
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
- Perubahan Maklumat Permohonan
- Cetak Permohonan
- Semakan Permohonan
- Kemas Kini Maklumat Asas
- Tukar Kata Laluan
- Maklumbalas
- Peti Mel
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
JADUAL PEMBAYARAN STR 2026
Jadual pembayaran STR 2026 adalah seperti berikut:
| FASA | JADUAL PEMBAYARAN STR 2026 |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Bakal Dimaklumkan |
| Fasa 4 | – |
KADAR PEMBAYARAN STR 2026
Kadar pembayaran STR 2026 adalah:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR PEMBAYARAN STR 2026 (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
KAEDAH PEMBERIAN STR 2026
Kaedah pemberian STR 2026 adalah menerusi dua kaedah berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Maklumat dan info yang ditulis dalam artikel ini adalah untuk memudahkan carian orang ramai mengenai panduan permohonan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
- Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
- e-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.