BANTUAN TUNAI STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN FASA 3
STR 2026 atau nama penuhnya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 ialah program bantuan tunai langsung daripada Kerajaan Malaysia (Kerajaan MADANI) yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40). Bantuan ini diwujudkan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya untuk isi rumah, warga emas, dan golongan bujang yang berkelayakan.
Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan tunai STR 2026? Ikuti langkahnya di sini.
BACA JUGA: CARA MOHON SARA 2026 : REGISTER PERMOHONAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH (PANDUAN LENGKAP)
TARIKH MASUK BANTUAN TUNAI STR 2026 FASA 3
Tarikh masuk bantuan tunai STR 2026 bagi Fasa 3 adalah:
| SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | TARIKH MASUK BANTUAN TUNAI STR 2026 |
|---|---|
| Fasa 3 | Bakal Dimaklumkan |
KADAR BANTUAN TUNAI STR 2026 FASA 3
Kadar bantuan tunai STR 2026 bagi Fasa 3 adalah:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN TUNAI STR 2026 (FASA 3) |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah | Bakal Dimaklumkan |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | – |
| Warga Emas Tiada Pasangan | – |
| Bujang | – |
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Syarat kelayakan STR 2026 adalah:
- Isi Rumah
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
DAFTAR AKAUN MYSTR
Berikut adalah cara daftar akaun MySTR:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN TUNAI STR 2026
Semakan kelayakan bantuan tunai STR 2026 boleh dibuat menerusi langkah berikut:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan Str
- Jumlah Telah Dibayar
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- Status Kelayakan SARA
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
- Perubahan Maklumat Permohonan
- Cetak Permohonan
- Semakan Permohonan
- Kemas Kini Maklumat Asas
- Tukar Kata Laluan
- Maklumbalas
- Peti Mel
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
JADUAL BAYARAN STR 2026
Jadual bayaran STR 2026 adalah seperti berikut:
| PERINGKAT | JADUAL BAYARAN STR 2026 |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Bakal Diumumkan |
| Fasa 4 | – |
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Jumlah bantuan STR 2026 adalah sebanyak:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR 2026 (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
CARA BAYARAN STR 2026
Bayaran STR 2026 disampaikan melalui cara berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Maklumat dan info yang ditulis dalam artikel ini adalah untuk memudahkan carian orang ramai mengenai panduan permohonan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
- Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
- e-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.