BANTUAN RAHMAH 2026 : SEMAKAN, PERMOHONAN, JUMLAH

BANTUAN RAHMAH 2026 : SEMAKAN, PERMOHONAN, JUMLAH

Kerajaan telah memutuskan untuk meningkatkan jumlah peruntukan bagi penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada RM13 billion pada tahun 2025 kepada RM15 billion pada tahun 2026 kelak.

Hal ini telah dibentangkan dalam Belanjawan 2026 dan peningkatan peruntukan ini dapat dilakukan adalah kerana hasil penjimatan penyasaran subsidi yang dilakukan seperti diesel dan RON95. Penambahan peruntukan dan kelebihan manfaat yang akan diperoleh rakyat ini secara langsung dapat meringankan bebanan kos sara hidup mereka.

Apakah Bantuan Rahmah 2026? Sila teruskan bacaan anda untuk ketahui info-info terkini yang dihebahkan.

BACA JUGA: CARA SEMAKAN BUDI95

CARA PERMOHONAN BANTUAN RAHMAH 2026

Bantuan ini terdiri daripada dua bantuan yang berbeza iaitu STR dan juga SARA. Penyaluran akan disalurkan secara automatik apabila permohonan dan pendaftaran dilakukan dan diluluskan. Berikut disenaraikan bagaimana untuk membuat permohonan dan pendaftaran bagi kedua-dua bantuan:

  • Pendaftaran di Sistem eKasih (bagi kategori miskin dan miskin tegar);
    1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
    2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
    3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
    4. Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
    5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
    6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
      • PPN Perlis : 04-9731976
      • PPN Kedah : 04-7209236
      • PPN P.Pinang : 04-2185700
      • PPN Perak : 05-2497400
      • PPN Selangor : 03-55213600
      • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
      • PPN N.Sembilan : 06-7659945
      • PPN Melaka : 06-3333333
      • PPN Johor : 07-2234777
      • PPN Pahang : 09-5178208
      • PPN Terengganu : 09-6272000
      • PPN Kelantan : 09-7457103
      • PPN Sarawak : 082-492957
      • PPN Sabah : 088-484800
    7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
    8. Selesai.
  • Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    1. Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
    3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
    4. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
    5. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
    6. Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
    7. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
    8. Sila pilih [Status Perkahwinan].
    9. Sekiranya ‘Status Perkahwinan’ berkahwin, sila masukkan [Maklumat anak / tanggungan].
    10. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
    11. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
    12. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
    13. Klik butang [Hantar] di bawah.
    14. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
    15. Selesai.

CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RAHMAH 2026

Berikut merupakan panduan untuk rakyat yang ingin membuat semakan status bagi bantuan setelah selesai membuat pendaftaran SARA eKasih 2026 dan permohonan STR 2026:

  • Semak status penerima Sumbangan Asas Rahmah 2026
    1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
    2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
    3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
    4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
    5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
    6. Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
    7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
    8. Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
      • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
      • Status : Layak (jika anda layak)
      • Tarikh Program Bermula
      • Tarikh Program Berakhir
      • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
    9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
    10. Selesai.
  • Semakan status penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2026
    1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
    3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
    4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
    5. Klik [Semakan Status].
    6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
    7. Selesai.

JUMLAH BANTUAN SARA DAN STR 2026

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, peningkatan jumlah penyaluran telah ditingkatkan untuk tahun 2026 kelak iaitu sebanyak RM 15 bilion berbanding RM 13 bilion pada tahun 2025.

Maka, kadar bantuan yang akan dibayar kepada penerima bantuan STR dan juga SARA bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:

  • JUMLAH BANTUAN SARA 2026 SECARA KESELURUHAN MENGIKUT KATEGORI
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
MAKSIMUM (SETAHUN)
Isi Rumah Berpendapatan
RM 2500 Kebawah
Tiada Anak (0) : RM1,200
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,200
Anak 5 ke atas : RM1,200
Isi Rumah Berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak (0) : RM1,200
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,200
Anak 5 ke atas : RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangRM600
  • JUMLAH BANTUAN STR 2026 MENGIKUT KATEGORI
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR
(2026)
Isi Rumah B400 anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
5 & ke atas : RM2,200
Isi Rumah M400 anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
5 & ke atas : RM950
Warga Emas
(Tiada pasangan)
RM600
Bujang

RUJUKAN

Artikel yang kami karang ini adalah berkaitan Bantuan STR 2026 dan Bantuan SARA 2026 yang telah dirujuk daripada Belanjawan 2026 serta portal rasmi kedua-dua bantuan tersebut. Sekiranya anda ingin mengetahui info lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

Leave a Comment