SEMAKAN MYKASIH NOVEMBER 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
MyKasih Foundation merupakan sebuah NGO tempatan yang telah ditubuhkan pada tahun 2009. Pertubuhan ini ditubuhkan oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya, Puan Sri Jean. Tujuan utama penubuhan adalah untuk membantu keluarga miskin serta pelajar yang berkelayakan melalui program bantuan makanan dan biasiswa.
Bagaimanakah semakan MyKasih November 2025? Ikuti info-info terkini yang disenaraikan di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN LAPTOP PERCUMA SWITCH
JUMLAH PENYALURAN BANTUAN
Kadar bantuan yang disalurkan untuk tahun 2025 ini adalah seperti berikut mengikut kategori:
- Kategori Isi Rumah (STR & eKasih):
- Jumlah bantuan sehingga RM2,100, dengan bayaran RM100 sebulan dari Januari hingga Mac dan RM200 sebulan dari April hingga Disember.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih):
- Jumlah bantuan sehingga RM1,650, dengan bayaran RM100 sebulan dari Januari hingga Mac dan RM150 sebulan dari April hingga Disember.
- Kategori Bujang (STR & eKasih):
- Jumlah bantuan RM600 sepanjang tahun, dengan bayaran RM50 sebulan dari Januari hingga Disember.
- Kategori Isi Rumah (STR sahaja):
- Bantuan sebanyak RM900, dibayar RM100 sebulan dari April hingga Disember.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja):
- Bantuan sebanyak RM450, dibayar RM50 sebulan dari April hingga Disember.
SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH NOVEMBER 2025
Penerima boleh membuat semakan status dengan melayari dua pautan beserta panduan seperti berikut:
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN SARA MYKASIH
Penyaluran bantuan SARA mula disalurkan mulai 1 April 2025 sehingga 31 Disember 2025.
Duit bantuan MyKasih / SARA akan dimasukkan selalunya pada setiap bulan bermula pada 1 haribulan ke dalam MyKad penerima yang layak di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
SEMAKAN CARA PEMBELIAN MYKASIH NOVEMBER 2025
Panduan berikut disediakan untuk penerima bantuan yang ingin melakukan pembelian barangan keperluan asas di pasaraya mahupun kedai runcit:
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label My Kasih di rak.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan status.
- Juruwang mengimbas kod barangan yang dibeli.
- Penerima memasukkan nombor PIN 6-digit untuk mengesahkan pembayaran.
- Simpan resit untuk rujukan dan semakan baki.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]