CHECK STATUS STR (FASA 4)
Sumbangan Tunai Rahmah atau dikenali juga sebagai bantuan STR bagi tahun 2025 ini merupakan satu inisiatif bantuan tunai dari kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi kos sara hidup yang meningkat pada masa kini.
Kerajaan amat berharap agar bantuan ini dapat meringankan beban rakyat dan membantu rakyat untuk kekal bersemangat dalam meneruskan kehidupan yang mencabar ini.
Bagaimanakah check status STR? Ikuti info-info sahih dan tepat di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN LAPTOP PERCUMA SWITCH
CHECK SYARAT KELAYAKAN STR
Rujuk senarai berikut untuk ketahui kriteria yang diperlukan bagi menjadi penerima bantuan:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
KADAR PENYALURAN STR FASA 4 2025
Memandangkan ini adalah fasa terakhir, maka penyaluran kali ini adalah baki kepada jumlah keseluruhan bantuan yang diberikan untuk penerima bagi setiap kategori. Rujuk rajah berikut:
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 4 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM200 – RM700 (Bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 – RM350 (Bergantung jumlah anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR
Bantuan STR akan menyalurkan bantuan secara tunai kepada penerima dan bergantung kepada jenis penerima tersebut untuk kaedah pembayarannya:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran STR dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.
- Jika maklumat akaun bank dikemaskini selepas 29 Julai 2025, hanya bayaran Fasa 4 akan masuk ke akaun baharu. Bayaran Fasa 3 akan ke akaun lama.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.
- Bagi pemohon kategori bujang, ibu tunggal tanpa anak, atau warga emas tiada pasangan yang tidak melaporkan maklumat akaun bank, pembayaran juga boleh diterima secara tunai di BSN.
- Bagi kawasan pedalaman Sabah/Sarawak tanpa capaian perbankan, penyerahan tunai akan diuruskan oleh kerajaan di lokasi sesuai.
CHECK STATUS PENERIMA STR FASA 4
Turuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan status terkini anda:
- Layari Portal Rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log Masuk ke MySTR:
- Klik butang Log Masuk MySTR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
- Tekan butang Log Masuk.
- Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
- Masukkan kata laluan MySTR anda.
- Semakan Status dan Butiran Bayaran.
- Pilih menu “Semakan Permohonan”
- Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4.
CHECK TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada November 2025. Kerajaan akan mengeluarkan tarikh rasmi kelak dan kami akan kemaskini sejurus sahaja dihebahkan.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]