CARA SEMAKAN STR (BANTUAN FASA 4 2025)
Bantuan STR untuk tahun 2025 ini mempunyai empat fasa untuk penyaluran wang sumbangan kepada penerima. Setiap penerima akan disalurkan bantuan dengan kadar yang telah pun ditetapkan untuk setiap kategori masing-masing.
Bagaimanakah cara semakan STR? Ikuti info serta maklumat selanjutnya di bawah.
BACA JUGA: SEMAK BANTUAN SYUKUR SABAH
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Berikut merupakan kelayakan yang diperlukan bagi setiap kategori untuk menjadi penerima STR ini:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA STR
Rujuk langkah-langkah berikut untuk melakukan semakan status terkini penerima dan juga maklumat bayaran bantuan:
- Layari Portal Rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log Masuk ke MySTR:
- Klik butang Log Masuk MySTR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
- Tekan butang Log Masuk.
- Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
- Masukkan kata laluan MySTR anda.
- Semakan Status dan Butiran Bayaran.
- Pilih menu “Semakan Permohonan”
- Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4.
TARIKH PENYALURAN STR FASA 4
Penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 dikatakan adalah pada November 2025 kelak. Apabila tarikh rasmi dihebahkan kelak, kami akan kemaskini kembali. Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat.
SEMAKAN CARA BAYARAN STR FASA 4
Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dan menggunakan kaedah yang bergantung kepada jenis penerima tersebut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran STR dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.
- Jika maklumat akaun bank dikemaskini selepas 29 Julai 2025, hanya bayaran Fasa 4 akan masuk ke akaun baharu. Bayaran Fasa 3 akan ke akaun lama.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.
- Bagi pemohon kategori bujang, ibu tunggal tanpa anak, atau warga emas tiada pasangan yang tidak melaporkan maklumat akaun bank, pembayaran juga boleh diterima secara tunai di BSN.
- Bagi kawasan pedalaman Sabah/Sarawak tanpa capaian perbankan, penyerahan tunai akan diuruskan oleh kerajaan di lokasi sesuai.
KADAR BAYARAN STR FASA 4 2025
Fasa 4 bagi bantuan STR 2025 ini akan menyalurkan wang tunai kepada penerima untuk setiap kategori dengan kadar bayaran seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 4 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM200 – RM700 (Bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 – RM350 (Bergantung jumlah anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]