BAYARAN STR FASA 4 : SEMAKAN 2025
Pembayaran untuk Sumbangan Tunai Rahmah dijalankan dengan kaedah yang berbeza daripada bantuan SARA di mana penyaluran ini adalah secara tunai dan dimasukkan secara terus ke akaun penerima.
Penerima boleh menggunakannya untuk membeli sebarang barangan keperluan tanpa berpandukan jenis dan jenama barangan tersebut.
BACA JUGA: BANTUAN BUDI RON95
KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN
Bantuan STR ini mempunyai beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon berdasarkan kategori yang sesuai seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
TARIKH PENUTUPAN PERMOHONAN DAN KEMASKINI
Berikut merupakan tarikh yang perlu diambil perhatian oleh pemohon dan penerima untuk membuat kemaskini:
- Tarikh: 30 September 2025 (Selasa)
- Masa: 5.00 Petang
- Pastikan anda telah mengemas kini maklumat atau membuat permohonan sebelum tarikh dan masa yang dinyatakan bagi memastikan kelayakan menerima STR Fasa 4.
SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 4
Status bayaran untuk fasa keempat bantuan STR ini boleh diketahui dengan melayari laman web rasmi seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log Masuk ke MySTR:
- Klik butang Log Masuk MySTR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
- Tekan butang Log Masuk.
- Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
- Masukkan kata laluan MySTR anda.
- Semakan Status dan Butiran Bayaran.
- Pilih menu “Semakan Permohonan”
- Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4.
KAEDAH BAYARAN STR FASA 4
Penerima akan disalurkan wang bantuan secara tunai dengan kaedah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran STR dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.
- Jika maklumat akaun bank dikemaskini selepas 29 Julai 2025, hanya bayaran Fasa 4 akan masuk ke akaun baharu. Bayaran Fasa 3 akan ke akaun lama.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.
- Bagi pemohon kategori bujang, ibu tunggal tanpa anak, atau warga emas tiada pasangan yang tidak melaporkan maklumat akaun bank, pembayaran juga boleh diterima secara tunai di BSN.
- Bagi kawasan pedalaman Sabah/Sarawak tanpa capaian perbankan, penyerahan tunai akan diuruskan oleh kerajaan di lokasi sesuai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]