LOGIN STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS 2025
Program bantuan STR yang dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia adalah bertujuan untuk meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh rakyat terutamanya daripada segi kewangan. Hal ini menunjukkan keprihatian kerajaan terhadap rakyat.
Bagaimanakah login STR fasa 4? Ikuti pelbagai maklumat dan info yang ada dinyatakan dibawah untuk pengetahuan anda.
BACA JUGA: BANTUAN BUDI RON95
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Rujuk kriteria yang disenaraikan mengikut kategori untuk ketahui sama ada layak atau tidak untuk menjadi penerima:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
LOGIN PENUTUPAN PERMOHONAN DAN KEMASKINI STR FASA 4
Pemohon perlu cakna akan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan untuk tarikh penutupan dan kemaskini seperti berikut:
- Tarikh: 30 September 2025 (Selasa)
- Masa: 5.00 Petang
- Pastikan anda telah mengemas kini maklumat atau membuat permohonan sebelum tarikh dan masa yang dinyatakan bagi memastikan kelayakan menerima STR Fasa 4.
LOGIN STATUS PENERIMA STR FASA 4
Anda boleh turuti panduan berikut untuk ketahui status permohonan anda yang terkini:
- Layari Portal Rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log Masuk ke MySTR:
- Klik butang Log Masuk MySTR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
- Tekan butang Log Masuk.
- Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
- Masukkan kata laluan MySTR anda.
- Semakan Status dan Butiran Bayaran.
- Pilih menu “Semakan Permohonan”
- Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4.
KAEDAH BAYARAN STR FASA 4
Pembayaran bagi bantuan STR untuk fasa terakhir ini iaitu fasa 4 ialah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran STR dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.
- Jika maklumat akaun bank dikemaskini selepas 29 Julai 2025, hanya bayaran Fasa 4 akan masuk ke akaun baharu. Bayaran Fasa 3 akan ke akaun lama.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.
- Bagi pemohon kategori bujang, ibu tunggal tanpa anak, atau warga emas tiada pasangan yang tidak melaporkan maklumat akaun bank, pembayaran juga boleh diterima secara tunai di BSN.
- Bagi kawasan pedalaman Sabah/Sarawak tanpa capaian perbankan, penyerahan tunai akan diuruskan oleh kerajaan di lokasi sesuai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]