BANTUAN RM100 SEBULAN – 2025 SEMAKAN

BANTUAN RM100 SEBULAN – 2025 SEMAKAN

Sumbangan Asas Rahmah merupakan suatu bantuan yang disalurkan kepada penerima yang menepati kelayakan yang telah disenaraikan oleh kerajaan. Penerima akan diluluskan mengikut tiga kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan juga bujang.

Bagaimanakah bantuan RM100 sebulan? Sila ikuti info serta maklumat yang disenaraikan di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Individu yang mempunyai kriteria seperti berikut adalah layak untuk menerima bantuan ini secara bulanan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bersatus eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Bukan eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 SEBULAN

Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk membuat semakan status penerima iaitu:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
    1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
    2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
    3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
    4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
    5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    6. Klik [Semak Status].
    7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
    9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
    1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
    3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
    4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
    5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
    6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
    7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    8. Semakan Permohonan
    9. Maklumat Pembayaran
    10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    12. Selesai.

TARIKH BANTUAN RM100 SEBULAN DISALURKAN

Bantuan SARA telah mula disalurkan bermula Januari 2025 lagi bagi penerima yang disenaraikan dalam sistem eKasih. Penerima bantuan STR tetapi tidak tersenarai dalam data eKasih pula telah mula disalurkan bantuan ini bermula April 2025 sehinggalah 31 Disember 2025.

Program bantuan SARA MyKasih ini akan dimasukkan setiap bulan bermula pada 1 haribulan ke dalam MyKad penerima di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

KADAR BANTUAN SARA SECARA BULANAN

Bantuan ini disalurkan dengan kadar yang telah ditetapkan untuk setiap kategori seperti berikut:

  • Kategori Isi Rumah (STR & eKasih): Jumlah bantuan sehingga RM2,100, dengan bayaran RM100 sebulan dari Januari hingga Mac dan RM200 sebulan dari April hingga Disember.
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih): Jumlah bantuan sehingga RM1,650, dengan bayaran RM100 sebulan dari Januari hingga Mac dan RM150 sebulan dari April hingga Disember.
  • Kategori Bujang (STR & eKasih): Jumlah bantuan RM600 sepanjang tahun, dengan bayaran RM50 sebulan dari Januari hingga Disember.
  • Kategori Isi Rumah (STR sahaja): Bantuan sebanyak RM900, dibayar RM100 sebulan dari April hingga Disember.
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja): Bantuan sebanyak RM450, dibayar RM50 sebulan dari April hingga Disember.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN RM100 SEBULAN

Penerima dikehendaki menuruti panduan berikut bagi mengelakkan berlakunya masalah sewaktu di kaunter pembayaran:

  1. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label My Kasih di rak.
  2. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan status.
  3. Juruwang mengimbas kod barangan yang dibeli.
  4. Penerima memasukkan nombor PIN 6-digit untuk mengesahkan pembayaran.
  5. Simpan resit untuk rujukan dan semakan baki.

SENARAI BARANGAN MYKASIH

Jenis barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan ini adalah seperti senarai berikut:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan
  • Barangan kebersihan rumah (contoh: sabun, serbuk pencuci pakaian, pinggan mangkuk, lantai)

Barangan ini telah dilabel khas untuk memudahkan penerima mengenal pasti barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan My Kasih.

Beberapa barangan kebersihan rumah sudah ditambah dalam kategori barangan berdaftar di bawah SARA bermula tarikh 1 Mei 2025 yang lepas.

Contoh barangan yang boleh dibeli dibawah kategori Barangan Kebersihan Rumah ialah sabun/serbuk pencuci untuk pakaian, pinggan mangkuk dan lantai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment