SEMAKAN STATUS STR (FASA 4 2025)

SEMAKAN STATUS STR (FASA 4 2025)

Pada tahun 2025 ini, peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah telah dinaikkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun 2024. Kenaikan peruntukan sebanyak 30% ini telah memanfaatkan hampir 60% golongan yang berpendapatan rendah serta sederhana rendah.

Bagaimanakah semakan status STR? Semua info serta maklumat yang baru dan terkini ada disenaraikan dibawah.

BACA JUGA: CARA SEMAKAN BUDI95

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Program bantuan STR atau nama penuh program adalah Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2025 ini merupakan satu inisiatif bantuan secara tunai yang disasarkan kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah serta sederhana rendah.

Tujuan dan motif utama pelancaran program bantuan ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang tinggi pada abad ini.

Kerajaan kali ini telah memberikan penyaluran bantuan yang tertinggi setakat ini ekoran kegawatan ekonomi yang dihadapi rakyat adalah semakin serius iaitu kenaikan sebanyak 30%.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN STATUS STR FASA 4

Para penerima bantuan atau pemohon harus merujuk syarat kelayakan beserta kategori seperti di bawah:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

NOTA: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN

Pembayaran bantuan dilakukan dengan melalui dua cara iaitu:

  1. Kredit ke Akaun Bank
    • Pembayaran STR dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.
    • Jika maklumat akaun bank dikemaskini selepas 29 Julai 2025, hanya bayaran Fasa 4 akan masuk ke akaun baharu. Bayaran Fasa 3 akan ke akaun lama.
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.

Penerima yang tinggal kawasan pedalaman Sabah/Sarawak tanpa capaian perbankan, penyerahan tunai akan diuruskan oleh kerajaan di lokasi sesuai.

PENTING: Sebelum melakukan penunaian di kaunter BSN, penerima perlu menyemak status kelulusan masing-masing di portal rasmi STR untuk memastikan layak menuntut tunai.

SEMAKAN STATUS TARIKH BAYARAN BANTUAN STR

Penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 akan dilakukan pada November 2025. Tarikh rasmi yang akan dihebahkan akan kami kemaskini kelak. Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat.

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : April 2025
  • Fasa 3 : 12 Ogos 2025
  • Fasa 4 : November 2025

SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 4

Berikut merupakan cara untuk membuat semakan status penerima STR:

  1. Layari Portal Rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log Masuk ke MySTR:
  3. Klik butang Log Masuk MySTR.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
  5. Tekan butang Log Masuk.
  6. Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
  7. Masukkan kata laluan MySTR anda.
  8. Semakan Status dan Butiran Bayaran.
  9. Pilih menu “Semakan Permohonan”
  10. Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4.

TARIKH PENUTUPAN PERMOHONAN DAN KEMASKINI MAKLUMAT

Tarikh penutupan untuk permohonan dan kemas kini maklumat bagi kelayakan Fasa 4 adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 30 September 2025 (Selasa)
  • Masa: 5.00 Petang

Pastikan anda telah mengemas kini maklumat atau membuat permohonan sebelum tarikh dan masa yang dinyatakan bagi memastikan anda layak menerima STR Fasa 4.

TERLUPA KATA LALUAN

Rujuk langkah berikut sekiranya anda terlupa kata laluan sebelum ini:

  1. Layari laman web STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan“
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  5. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
  9. Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

RUJUKAN

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747. Kami di sini hanya berkongsi maklumat dan info yang sahih bagi memudahkan para pengguna membacanya di sini.

Leave a Comment