CARA SEMAKAN BUDI95 : SEMAK STATUS KELAYAKAN, BAKI SUBSIDI MINYAK PETROL

CARA SEMAKAN BUDI95 : SEMAK STATUS KELAYAKAN, BAKI SUBSIDI MINYAK PETROL

Bermula 30 September 2025, bantuan untuk subsidi minyak petrol telah pun boleh ditebus oleh rakyat yang berkelayakan. BUDI95 adalah satu inisiatif kerajaan dalam menyasarkan hanya kepada warganegara sahaja. Semakan status telah pun dibuka sejak 25 September 2025 lagi untuk rakyat yang ingin melakukan pengesahan.

Kuota minyak petrol sebanyak 300L diperuntukkan bagi setiap pemegang MyKad yang boleh disemak melalui aplikasi stesen minyak seperti Setel, CaltexGo, Petron. Aplikasi e-dompet yang boleh digunakan pula adalah seperti Touch ‘n Go eWallet.

Bagaimanakah cara semakan BUDI95? Ikuti info terkini dan maklumat yang baharu di bawah.

BACA JUGA: SEMAK SKAS SARAWAK

BANTUAN BUDI MADANI RON95

Tujuan bantuan ini diperkenalkan adalah untuk menyasarkan pemberian subsidi minyak petrol RON95 kepada rakyat tempatan tanpa mengambil kira tahap pendapatan.

Pelaksanaan ini bermula 30 September 2025 di mana harga minyak petrol RON95 adalah sebanyak RM1.99/liter berbanding harga tanpa subsidi adalah RM2.05/liter.

Objektif utama pemberian subsidi ini adalah bagi memastikan ianya disampaikan hanya kepada mereka yang betul-betul layak dan mengelakkan ketirisan berlaku.

Program BUDI95 ini memerlukan:

  • Harga subsidi untuk rakyat Malaysia yang layak ialah RM1.99 seliter, bermula 30 September 2025.
  • Kuota minima: 300 liter sebulan bagi setiap pengguna.
  • Semua rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan lesen memandu aktif layak secara automatik — tiada pendaftaran tambahan diperlukan.

CARA SEMAKAN BUDI95 2025

Beberapa kaedah ada disediakan untuk membuat semakan iaitu:

  • Portal rasmi: https://www.budi95.gov.my/
  • Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95
  • Aplikasi Setel, Touch n Go, CaltexGO (selepas verifikasi identiti)

Hanya perlu masukkan No. Kad Pengenalan untuk semakan.

CARA SEMAKAN BAKI BUDI95

  • Berikut merupakan cara untuk menyemak baki kuota menggunakan Portal Budi Madani:
  1. Layari portal rasmi https://www.budi95.gov.my/ mulai 25 September 2025)
  2. Masukkan kad pengenalan untuk semakan.
  3. Setiap penggunaan subsidi akan dipaparkan secara harian termasuk baki kelayakan. Had ditetapkan ialah 300 liter sebulan.

Anda harus masukkan no IC dan akan dapat lihat status kelayakan serta baki kuota RON95 yang anda boleh beli untuk bulan tersebut. Kuota untuk sebulan adalah 300L dan akan diperbaharui kuota ini secara automatik setiap 1hb. Resit pembelian yang memaparkan baki kuota BUDI95 anda akan diberikan.

  • Semak baki menggunakan aplikasi Setel
  1. Muat turun aplikasi Setel di pautan https://www.setel.com/
  2. Klik ‘Check Eligibility’ (NOTA: Pastikan akaun anda telah disahkan melalui proses verifikasi)
  3. Jika anda layak, baki kuota BUDI95 anda akan dipaparkan dalam apps ini.

RUJUKAN

Penulisan artikel ini hanyalah untuk berkongsi info serta maklumat mengenai bantuan yang dilancarkan oleh kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan di sini adalah dirujuk daripada portal rasmi kerajaan yang seperti disenaraikan berikut. Orang ramai digalakkan untuk sentiasa merujuk portal-portal rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Leave a Comment