CHECK STATUS BUDI95 ONLINE (BUDI MADANI RON95)

CHECK STATUS BUDI95 ONLINE (BUDI MADANI RON95)

Tujuan bantuan Budi Madani RON95 ini dilangsungkan adalah untuk memastikan subsidi minyak petrol adalah diagih secara adil kepada pengguna yang layak. Selain itu, ianya adalah untuk mengelakkan ketirisan bantuan kepada golongan yang tidak layak untuk mendapat manfaat bantuan ini.

Bagaimanakah check status BUDI95 online? Sila ikuti penjelasan maklumat serta info terkini di dalam artikel ini.

BACA JUGA: SEMAK SKAS SARAWAK

CHECK SYARAT KELAYAKAN BUDI95 ONLINE

Berikut merupakan beberapa kelayakan yang telah digariskan oleh kerajaan:

  • Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas
  • Mempunyai lesen memandu yang masih aktif
  • Tiada kira tahap pendapatan – semua layak
  • Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu
  • Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.

CHECK STATUS PENERIMA BUDI95 ONLINE

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan bantuan ini:

  1. Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di sini: https://www.budi95.gov.my/landing
  2. Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
  3. Tekan butang Semak Kelayakan Individu.
  4. Seterusnya, sila masukkan no. MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
  5. Klik butang Semak Kelayakan.
  6. Status ‘LAYAK’ akan dipaparkan sekiranyan anda layak untuk kategori individu.
  7. Selesai.

CARA PENEBUSAN BUDI95 DI STESEN MINYAK

Penebusan bantuan ini hanya boleh dilakukan di stesen minyak sahaja. Turuti langkah-langkah berikut untuk melakukan penebusan:

  1. Letakkan MyKad di Pam: Apabila anda tiba di pam minyak, ambil MyKad anda dan masukkan ke dalam terminal pembaca khas yang disediakan.
  2. Sistem Menyemak Kelayakan: Sistem akan secara automatik membaca cip MyKad anda dan menyemak kelayakan anda dengan pangkalan data PADU. Ini hanya mengambil masa beberapa saat.
  3. Paparan Harga: Jika anda layak, paparan skrin akan menunjukkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter. Anda boleh terus mengisi minyak seperti biasa.
  4. Buat Bayaran: Setelah selesai mengisi, anda boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit, kad debit, atau e-dompet di pam yang sama.
  5. Jika Tidak Layak: Jika sistem menunjukkan anda tidak layak, paparan skrin akan memaparkan harga pasaran penuh (dianggarkan RM2.76 seliter). Anda boleh teruskan untuk mengisi minyak pada harga ini atau beralih ke pam yang lain jika anda mahu.

CARA BAYAR MENGGUNAKAN APLIKASI SETEL

Pengguna aplikasi Setel boleh merujuk langkah-langkah berikut untuk membuat pembayaran bagi pembelian minyak petrol:

  1. Buka aplikasi setelah anda sampai di mana-mana stesyen PETRONAS. Aplikasi ini akan mengesan stesyen PETRONAS secara automatik menggunakan GPS.
  2. Klik pada butang “Purchase Fuel”
  3. Pilih Nombor Pam: Setibanya di stesen PETRONAS, buka aplikasi Setel dan pilih nombor pam yang anda ingin gunakan.
  4. Tetapkan Amaun Pengisian: Pilih jumlah wang yang ingin anda gunakan untuk mengisi minyak atau pilih pilihan ‘Isian Penuh’ jika ingin mengisi tangki sepenuhnya.
  5. Sahkan Pembayaran: Masukkan PIN 6 digit anda atau gunakan pengesahan cap jari untuk mengesahkan pembayaran.
  6. Mulakan Pengisian: Setelah pembayaran disahkan, pam akan diaktifkan. Anda boleh keluar dari kenderaan dan mula mengisi minyak seperti biasa..

JADUAL PELAKSANAAN BUDI95

Rujuk tarikh-tarikh berikut untuk ketahui pelaksanaan program BUDI95 ini:

  • Pada 27 September 2025 (Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
  • Pada 28 September 2025 (Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
  • Pada 30 September 2025 (Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

RUJUKAN

Penulisan artikel ini hanyalah untuk berkongsi info serta maklumat mengenai bantuan yang dilancarkan oleh kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan di sini adalah dirujuk daripada portal rasmi kerajaan yang seperti disenaraikan berikut. Orang ramai digalakkan untuk sentiasa merujuk portal-portal rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Leave a Comment