SEMAK BANTUAN IBU BERSALIN 2025

SEMAK BANTUAN IBU BERSALIN 2025

Program BIB atau nama penuh program ini ialah Program Bantuan Ibu Bersalin yang dilancarkan oleh Kementerian Negeri Sarawak kepada golongan yang berkelayakan.

Objektif program ini adalah untuk meringankan beban dari segi kewangan bagi pengurusan selepas melahirkan anak. Di samping itu, bantuan ini dapat membantu dari segi pembelian barangn keperluan ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan sihat, penjagaan diri semasa berpantang dan sebagainya.

Bagaimanakah semak bantuan ibu bersalin? Ikuti info semasa dan terkini yang disenaraikan dalam penulisan artikel di bawah.

BACA JUGA: SEMAK SKAS SARAWAK

PROGRAM BANTUAN IBU BERSALIN 2025

Pemberian Bantuan Ibu Bersalin sebanyak RM450 telah diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak semasa pembentangan Belanjawan Negeri 2020.

Tujuan bantuan ini diadakan adalah untuk membantu para ibu dalam mengurus keperluan dirinya sejurus melahirkan anak iaitu termasuk keperluan kelengkapan berpantang dan pemakanan sihat ibu.

Bantuan ini terbuka kepada semua ibu tanpa mengira bangsa, agama, atau status sosioekonomi dengan syarat berstatus “K”.

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN IBU BERSALIN PADA 2025

Bantuan ini mempunyai beberapa kelayakan yang perlu ada pada para ibu yang ingin memohon. Rujuk senarai berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak.
  • Pemegang MyKAD Sarawak berstatus “K” atau isteri kepada pemegang MyKAD Sarawak berstatus “K”.
  • Permohonan boleh dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu hingga 3 bulan selepas bersalin.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN

  • Permohonan secara dalam talian
    1. Layari pautan https://isarawakcare.sarawak.gov.my/.
    2. Pemohon boleh tukar bahasa sama ada Bahasa Melayu atau English di sebelah kiri bahagian bawah.
    3. Kemudian, klik [Mohon Sekarang] pada bahagian kanan atas.
    4. Seterusnya, pilih Bantuan Ibu Bersalin dan tekan [Mohon Sekarang].
    5. Sekiranya pemohon ingin melihat cara memohon terlebih dahulu, boleh klik pada [Cara Memohon].
    6. Bagi pemohon yang sudah mempunyai SarawakID dan kata laluan, boleh terus klik pada [Login].
    7. Bagi pemohon yang baru, boleh klik [Register] dahulu untuk mendapatkan kata laluan.
    8. Kemudian, login dengan masukkan SarawakID dan kata laluan yang betul.
    9. Klik butang [Inisiatif Bantuan Ibu Bersalin].
    10. Isi borang inisiatif dengan maklumat yang tepat.
    11. Lampirkan semua dokumen sokongan bersama borang permohonan.
    12. Seterusnya, klik butang [Hantar].
    13. Klik pada butang [Lihat Permohonan] untuk mengetahui status permohonan anda telah dihantar.
    14. Selesai.
  • Permohonan secara manual
    1. Dapatkan borang permohonan di:
      • Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah.
      • Pejabat Daerah Negeri Sarawak.
      • Pejabat Urus Setia BIB di Kuching, Negeri Sarawak.
    2. Isi borang permohonan dengan maklumat yang lengkap dan benar.
    3. Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan bersama borang permohonan.
      • Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri Kumpulan A (Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum/Ketua Masyarakat.
    4. Kemudian, hantar borang permohonan bersama dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pejabat Residen, Pejabat Daerah, atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak KWKPK.
    5. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN BORANG PERMOHONAN

Beberapa dokumen harus dilampirkan bersama borang permohonan bagi mengukuhkan lagi sebab anda adalah layak menerima bantuan. Senarai dokumen sokongan berikut adalah:

  • Salinan kad pengenalan atau pasport ibu.
  • Salinan kad pengenalan atau pasport pasangan atau penjaga.
  • Salinan sijil perkahwinan (jika pemohon bukan berstatus “K”).
  • Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu mengandung.
  • Salinan penyata akaun bank terkini.
  • Salinan surat pengesahan doktor, nota discaj, atau sijil lahir bayi.

Catatan: Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri Kumpulan A (Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum/Ketua Masyarakat. Pengecualian diberikan bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.

RUJUKAN

Setiap info dan maklumat yang disenaraikan di atas merupakan info yang sahih serta benar yang dipetik daripada laman web rasmi bantuan itu sendiri. Kami hanya ingin memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan. Sebarang pertanyaan berkenan program BIB ini, anda boleh merujuk dan terus hubungi melalui:

Leave a Comment