BUDI95 GOV MY : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN 2025

BUDI95 GOV MY : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN 2025

Jika sebelum ini subsidi petrol diagihkan secara pukal, kerajaan Madani kali ini telah melancarkan satu bantuan di mana semua orang akan mendapat harga minyak petrol yang sama tanpa kira tahap pendapatan.

Hasilnya, hampir 40% subsidi telah dinikmati oleh warga asing dan golongan kaya, sedangkan matlamat asal pemberian subsidi adalah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Apakah BUDI95 gov my? Sila teruskan pembacaan artikel ini untuk ketahui info terkini mengenai bantuan ini.

BACA JUGA: CHECK E KASIH 2025

APAKAH BUDI95 GOV MY

Nama penuh program BUDI95 ini ialah BUDI MADANI RON95 iaitu merupakan kesinambungan usaha yang diterajui oleh Kerajaan MADANI bagi tetap menyalurkan subsidi petrol RON95 kepada rakyat Malaysia.

Selain itu, usaha ini juga adalah untuk mengekang ketirisan subsidi kepada golongan yang tidak layak. Kenderaan awam dan komersial yang diluluskan juga turut layak menerima BUDI95.

Sebelum ini, subsidi petrol diagihkan secara pukal – maksudnya semua orang dapat harga yang sama tanpa kira tahap pendapatan. Akibatnya, hampir 40% subsidi dinikmati oleh warga asing dan golongan kaya, sedangkan matlamat asalnya adalah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Pelaksanaan program baharu ini akan memberikan harga petrol RON95 untuk mereka yang layak diturunkan kepada RM1.99 seliter, iaitu lebih rendah daripada harga pukal RM2.05.

Hal ini bukan sekadar mengekalkan subsidi, tetapi boleh mengubah pandangan rakyat yang kini merasa lebih dihargai kerana harga petrol mereka sebenarnya lebih murah daripada biasa.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BUDI MADANI

Rakyat yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut adalah layak mendapat bantuan ini:

  • Rakyat Malaysia: Anda mestilah warganegara Malaysia. Warga asing tidak akan layak untuk program ini.
  • Kriteria Pendapatan: Kelayakan tidak lagi bergantung pada kategori B40 atau M40. Sebaliknya, ia berdasarkan kriteria pendapatan yang lebih terperinci, seperti Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) yang direkodkan dalam PADU. Ini memastikan mereka yang benar-benar memerlukan, tidak kira dari mana-mana latar belakang, dapat bantuan.
  • Pemilik Kenderaan: Anda perlu memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar.
  • Penunggang motosikal berusia 16 tahun ke atas.
  • Pekerja gig & belia yang bergantung pada kenderaan untuk harian.

Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.

SEMAK STATUS PENERIMA BUDI95 GOV MY SECARA ONLINE

Orang ramai boleh merujuk panduan di bawah untuk mengetahui sama anda layak atau tidak:

  1. SEMAKAN STATUS PENERIMA BUDI 95 SECARA ONLINE
  2. Rakyat yang ingin membuat semakan secara online boleh merujuk langkah-langkah di bawah dengan teliti:
  3. Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di sini.
  4. Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
  5. Tekan butang Semak Kelayakan Individu.
  6. Seterusnya, sila masukkan no. MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
  7. Klik butang Semak Kelayakan.
  8. Status ‘LAYAK‘ akan dipaparkan sekiranyan anda layak untuk kategori individu.
  9. Selesai.

CARA TEBUS GUNA BUDI95 GOV MY

Turuti panduan berikut untuk membuat pembelian minyak petrol di stesen minyak:

  1. Letakkan MyKad di Pam: Apabila anda tiba di pam minyak, ambil MyKad anda dan masukkan ke dalam terminal pembaca khas yang disediakan.
  2. Sistem Menyemak Kelayakan: Sistem akan secara automatik membaca cip MyKad anda dan menyemak kelayakan anda dengan pangkalan data PADU. Ini hanya mengambil masa beberapa saat.
  3. Paparan Harga: Jika anda layak, paparan skrin akan menunjukkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter. Anda boleh terus mengisi minyak seperti biasa.
  4. Buat Bayaran: Setelah selesai mengisi, anda boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit, kad debit, atau e-dompet di pam yang sama.
  5. Jika Tidak Layak: Jika sistem menunjukkan anda tidak layak, paparan skrin akan memaparkan harga pasaran penuh (dianggarkan RM2.76 seliter). Anda boleh teruskan untuk mengisi minyak pada harga ini atau beralih ke pam yang lain jika anda mahu.

TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM BUDI95

  • Pada 27 September 2025 (Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
  • Pada 28 September 2025 (Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
  • Pada 30 September 2025 (Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

RUJUKAN

Penulisan artikel ini hanyalah untuk berkongsi info serta maklumat mengenai bantuan yang dilancarkan oleh kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan di sini adalah dirujuk daripada portal rasmi kerajaan yang seperti disenaraikan berikut. Orang ramai digalakkan untuk sentiasa merujuk portal-portal rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Leave a Comment