SEMAKAN BUDI 95 : 2025 ONLINE

SEMAKAN BUDI 95 : 2025 ONLINE

Kerajaan telah menganggarkan, sekitar 85 hingga 90 peratus rakyat Malaysia akan terus menikmati harga minyak petrol bersubsidi ini. Program bantuan ini direka dan dirancang khas untuk membantu majoriti rakyat Malaysia.

Kelayakan rakyat yang akan menerima bantuan ini akan ditentukan secara automatik oleh Pangkalan Data Utama (PADU). Segala data, termasuk maklumat pendapatan dan status kewarganegaraan, akan disemak secara langsung.

Bagaimanakah semakan BUDI 95? Ikuti segala penulisan dibawah mengenai info terkini bantuan.

BACA JUGA: CHECK E KASIH 2025

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BUDI 95

Senarai berikut adalah kriteria yang diperlukan untuk menjadi penerima bantuan ini:

  • Rakyat Malaysia: Anda mestilah warganegara Malaysia. Warga asing tidak akan layak untuk program ini.
  • Kriteria Pendapatan: Kelayakan tidak lagi bergantung pada kategori B40 atau M40. Sebaliknya, ia berdasarkan kriteria pendapatan yang lebih terperinci, seperti Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) yang direkodkan dalam PADU. Ini memastikan mereka yang benar-benar memerlukan, tidak kira dari mana-mana latar belakang, dapat bantuan.
  • Pemilik Kenderaan: Anda perlu memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar.
  • Penunggang motosikal berusia 16 tahun ke atas.
  • Pekerja gig & belia yang bergantung pada kenderaan untuk harian.

Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BUDI 95 SECARA ONLINE

Rakyat yang ingin membuat semakan secara online boleh merujuk langkah-langkah di bawah dengan teliti:

  1. Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di sini: https://www.budi95.gov.my/landing
  2. Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
  3. Tekan butang Semak Kelayakan Individu.
  4. Seterusnya, sila masukkan no. MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
  5. Klik butang Semak Kelayakan.
  6. Status ‘LAYAK‘ akan dipaparkan sekiranyan anda layak untuk kategori individu.
  7. Selesai.

CARA UNTUK TEBUS DAN GUNA BANTUAN BUDI 95

Penebusan boleh dilakukan dengan merujuk panduan dibawa?

  1. Letakkan MyKad di Pam: Apabila anda tiba di pam minyak, ambil MyKad anda dan masukkan ke dalam terminal pembaca khas yang disediakan.
  2. Sistem Menyemak Kelayakan: Sistem akan secara automatik membaca cip MyKad anda dan menyemak kelayakan anda dengan pangkalan data PADU. Ini hanya mengambil masa beberapa saat.
  3. Paparan Harga: Jika anda layak, paparan skrin akan menunjukkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter. Anda boleh terus mengisi minyak seperti biasa.
  4. Buat Bayaran: Setelah selesai mengisi, anda boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit, kad debit, atau e-dompet di pam yang sama.
  5. Jika Tidak Layak: Jika sistem menunjukkan anda tidak layak, paparan skrin akan memaparkan harga pasaran penuh (dianggarkan RM2.76 seliter). Anda boleh teruskan untuk mengisi minyak pada harga ini atau beralih ke pam yang lain jika anda mahu.

PROSES PEMBAYARAN MENGGUNAKAN SETEL

Aplikasi Setel boleh juga digunakan dengan bantuan Budi Madani. Rujuk panduan berikut:

  1. Buka aplikasi setelah anda sampai di mana-mana stesyen PETRONAS. Aplikasi ini akan mengesan stesyen PETRONAS secara automatik menggunakan GPS.
  2. Klik pada butang “Purchase Fuel”
  3. Pilih Nombor Pam: Setibanya di stesen PETRONAS, buka aplikasi Setel dan pilih nombor pam yang anda ingin gunakan.
  4. Tetapkan Amaun Pengisian: Pilih jumlah wang yang ingin anda gunakan untuk mengisi minyak atau pilih pilihan ‘Isian Penuh’ jika ingin mengisi tangki sepenuhnya.
  5. Sahkan Pembayaran: Masukkan PIN 6 digit anda atau gunakan pengesahan cap jari untuk mengesahkan pembayaran.
  6. Mulakan Pengisian: Setelah pembayaran disahkan, pam akan diaktifkan. Anda boleh keluar dari kenderaan dan mula mengisi minyak seperti biasa..

TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

  • Pada 27 September 2025 (Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
  • Pada 28 September 2025 (Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
  • Pada 30 September 2025 (Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

RUJUKAN

Penulisan artikel ini hanyalah untuk berkongsi info serta maklumat mengenai bantuan yang dilancarkan oleh kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan di sini adalah dirujuk daripada portal rasmi kerajaan yang seperti disenaraikan berikut. Orang ramai digalakkan untuk sentiasa merujuk portal-portal rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Leave a Comment