SEMAK SKAS SARAWAK : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN 2025 ONLINE

SEMAK SKAS SARAWAK : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN 2025 ONLINE

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak ini dilancarkan supaya lebih ramai rakyat Sarawak yang layak menerima bantuan ini dapat membeli barangan keperluan asas dengan secukupnya.

Bagaimanakah semak SKAS Sarawak? Sila ikuti maklumat lanjut di bawah dengan teliti.

BACA JUGA: BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

SEMAK SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SKAS SARAWAK

Individu yang menepati kelayakan seperti berikut adalah layak untuk mendapat manfaat bantuan ini:

  • Syarat Umum
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  • Kategori Penerima
    1. Isi Rumah
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    2. Bujang
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    3. Warga Emas
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

JUMLAH PENYALURAN BANTUAN SKAS

Penyaluran bantuan adalah berbeza dari segi jumlah kerana ianya berdasarkan kategori yang diluluskan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawa
RM 800
Warga emas tanpa pasangan dan anak
berpendapatan RM5,000 dan kebawah
RM 400
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM 250

SEMAK STATUS PENERIMA SKAS SARAWAK 2025

Panduan yang disediakan di bawah adalah cara untuk membuat semakan status penerima bantuan ini:

  1. Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
  2. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  3. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  4. Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  5. Tekan butang “Check Eligibility”.
  6. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  7. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  8. Klik butang “NEXT”.
  9. Kemudian, tekan “My Individual Account”.
  10. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  12. Tekan “Search”.
  13. Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak berkuasa di bawah. Di sini kami tegaskan bahawa pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk sumber berikut:

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan S PAY GLOBAL, anda boleh hubungi kami di talian +6082-224599, atau emel kepada [email protected].

Leave a Comment